Sorting by

×

Pasukan bola jaring Melaka sasar kedudukan empat terbaik

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

AYER KEROH 17 September – Meskipun mempertaruhkan barisan pemain bawah 20 tahun, jurulatih pasukan bola jaring Melaka beraksi di Sukan Malaysia (Sukma) XX MSN 2022 yakin anak buahnya tidak akan jadi pasukan ‘belasahan’.

Noorrul Afniza Ahmad Jamaludin berkata, berbanding negeri lain yang menurunkan pasukan 23 tahun, Melaka optimis dapat memberikan aksi terbaik dan cabarang kepada lawan hasil daripada latihan intensif diatur.

“Daripada segi pengalaman saya akui kita memang kurang, kerana daripada 12 pemain lapan orang adalah bawah 17 tahun, terlalu muda tetapi saya yakin dengan pengalaman pemain senior, mereka pasti dapat membantu.

“Pencabar utama sudah pasti Pahang kerana menurunkan pemain kebangsaan tetapi kita akan memberikan persembahan terbaik untuk layak ke pusingan seterusnya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelepasan Pasukan Bola Jaring Negeri Melaka di MITC Hotel, pagi ini.

jurulatih
JURULATIH pasukan Bola Jaring Negeri Melaka, Noorrul Afniza Ahmad Jamaludin. Foto Iqmal Haqim Rosman

Hadir sama, Bapa Bapa Angkat Persatuan Bola Jaring Negeri Melaka, Siti Faizah Abdul Azis yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai, Pengurus Besar MITC Hotel Sazali Sabri selain wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang juga Jabatan Angkat kepada pasukan bola jaring.

Menurut Noorrul Afniza, dia mensasarkan anak buahnya dapat melayakkan diri pada kelompok empat teratas pada kejohanan Sukma kali ini.

“Perancangan kita untuk sediakan pasukan Sukma 2024 dan tidak sangka untuk tahun ini penyertaan diterima. Sudah pasti kita mahu berada dalam kelompolterbaik kerana ini peluang untuk kita beraksi pada 2024 nanti,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2754
Kongsi :
Previous post Al-Quran rapatkan ukhuwah
Next post Perlu tambahan 4,000 perjawatan Pelan Strategik Maritim Malaysia 2040
Ubah saiz-+=