
Pasukan Academy juara MLBB Online Mini Tournament
PASUKAN Academy melakar kejayaan bersejarah selepas berjaya memenangi kejohanan mini dalam talian (online mini tournament) Mobile Legend Bang Bang (MLBB) anjuran Melaka Esports Association (MEA) sebentar tadi.
Dalam perlawanan akhir yang berlangsung petang tadi, pasukan Academy menundukkan pasukan Gladiator Raptors 2-0 dalam satu pertembungan sengit antara kedua-dua pasukan.
Walaupun sengit, pasukan Academy tenang menewaskan pasukan lawan dengan strategi yang teratur, sekali gus membuatkan pasukan Gladiator Raptors sukar untuk mendapat mata penyamaan.
Selaku pasukan juara, pasukan Academy berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500, manakala pasukan Gladiator Raptors RM250.
Sementara itu, sebanyak 32 pasukan sertai kejohanan mini itu, dengan menyaksikan jumlah hadiah keseluruhan sebanyak RM1,000 telah ditawarkan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENSYARAH UITM MAUT MOTOSIKAL REMPUH LORI
JASIN 11 Mac - Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jasin maut selepas motosikal ditungang terbabit kemalangan dengan sebuah lori...
MPAG EDAR LEBIH 800 BUNGKUS BUBUR LAMBUK
ALOR GAJAH 11 Mac - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengagihkan lebih 800 bungkus bubur lambuk kepada orang ramai dan...
KPDN LANCAR OPS CAMPUR, 300 KAMPIT BERAS DIRAMPAS
PUTRAJAYA 11 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Ops Campur bermula semalam, bagi tindakan...
NELAYAN TERJATUH DI PERAIRAN PULAU TIKUS DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA
GEORGE TOWN 11 Mac - Seorang nelayan tempatan yang dipercayai terjatuh ke dalam laut di perairan berdekatan Pulau Tikus, di...
JUAL KOLEKSI BARANG ANTIK DEMI KELANGSUNGAN HIDUP
DUYONG 11 Mac - Meskipun berat, Mohamad Nasirudin Md Zen, 39, terpaksa akur dan sedia untuk menjual sebahagian koleksi barangan...
PERZIM SASAR 650,000 PELAWAT TAHUN INI
AYER KEROH 11 Mac - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menetapkan sasaran seramai 650,000 orang pelawat singgah ke muzium-muzium seliaannya sepanjang...