Sorting by

×

PASTIKAN SISTEM JALAN RAYA, ALIRAN TRAFIK DI MELAKA DALAM KEADAAN TERBAIK – TYT

Masa Membaca:52 Saat

SERI NEGERI 25 April – Sistem jalan raya dan aliran trafik di Melaka perlu sentiasa berada dalam keadaan terbaik, kata Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

Menurut beliau, perkara itu penting memandangkan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa menjadi aspek yang perlu diberi keutamaan Kerajaan Negeri.

Jelas beliau, ia bukan sahaja demi keselamatan, bahkan pada masa sama, memastikan infrastruktur di negeri ini kekal lestari.

“Begitu juga dengan projek-projek menaik taraf jalan raya, di mana ia perlulah dilaksanakan mengikut jadual perancangan yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian pembukaan Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas di Dewan Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan isteri Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Ab Aziz.

Turut bersama, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshadbarisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan negeri serta ketua-ketua jabatan agensi kerajaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

234
Kongsi :
Previous post EKONOMI MELAKA BERKEMBANG PADA KADAR TIGA PERATUS
Next post MELAKA DESTINASI PILIHAN PELABUR