
Pastikan seluruh Melaka bersih dan indah
SERI NEGERI 5 Mac – Kejayaan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) merangkul anugerah Asean Clean Tourist City Standard (2024-2026) di Vientiane, Laos, mendapat ucapan tahniah daripada Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.
Tun Dr. Mohd Ali berkata, kejayaan tersebut merupakan sesuatu yang membanggakan bagi Negeri Melaka.
Namun, beliau berharap kebersihan dan keceriaan itu bukan hanya tertumpu di Bandaraya Melaka, bahkan merangkumi keseluruhan negeri ini.
“Saya berharap bukan sahaja Bandaraya Melaka yang sentiasa bersih dan indah tetapi keseluruhan Negeri Melaka.
“Ini termasuklah kampung-kampung, taman-taman perumahan dan di mana sahaja perlu dipastikan sentiasa dalam keadaan bersih dan indah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian pembukaan Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas Tahun 2024 di Dewan Undangan Negeri Melaka, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...