Pastikan perancangan dibuat mengikut lapan ‘flagship’ – TYT

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

SERI NEGERI 20 Sept. – Pentadbiran kerajaan negeri perlu memastikan perancangan yang telah dibuat berdasarkan kepada lapan ‘flagship’ dilaksanakan dengan berkesan demi kesejahteraan rakyat.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam berkata, ia aspirasi kerajaan negeri menerusi Pelan strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035) yang dilancarkan 8 Mac lalu.

“Lapan ‘flagship’ itu meliputi pembangunan Zon Pesisir Pantai (M-WEZ), pengurusan air, pembangunan bersasar, pembangunan dalam pendigitalan, pelancongan, pendidikan, usahawan dan juga kesejahteraan rakyat.

“Usaha ini untuk memacu dan merancakkan pertumbuhan ekonomi, menggalakkan pelaburan domestik dan asing, meningkatkan sektor pelancongan, pembangunan infrastruktur, pemeliharaan warisan serta peningkatan modal insan melalui pendidikan,”katanya.

Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Perasmian Pembukaan Persidangan Pertama, Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Ke-14, hari ini.

Tun Mohd Ali berkata, selain itu pihak kerajaan perlu memantau segala perancangan dan sasaran yang telah ditetapkan agar kesan pembangunan dapat dirasai oleh semua golongan rakyat.

“Saya berharap perancangan tersebut bersifat inklusif dan tiada kumpulan rakyat yang terpinggir dalam menikmati hasil perancangan pembangunan tersebut.

“Saya difahamkan terkini, pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sedang bekerjasama dengan pihak UITM Melaka untuk melaksanakan penilaian semula indikator-
indikator negara maju Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) yang berkaitan.

“Ia supaya selaras dengan PSMJ 2035 serta berpandukan kepada 17 matlamat pembangunan lestari (sustainable development goals – SDG) yang diterimapakai semua negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

471
Kongsi :
Previous post Sidang DUN Melaka penggal keempat dibuka tirai secara rasmi
Next post Peluang bangkit semula pasca COVID-19 – Tun Mohd Ali
Ubah saiz-+=