Pastikan operasi penerbangan Batik Air ke Pulau Pinang, Pekanbaru lancar

Masa Membaca:58 Saat

BANDA HILIR 14 Julai – Pihak berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sedang membuat persiapan bagi memastikan perjalanan bagi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) yang memulakan operasi semulanya pada 12 Ogos berjalan lancar.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, persiapan itu termasuk berkaitan urusan dokumentasi ditetapkan supaya memastikan keselesaan penumpang.

“Ia disebabkan pandemik yang berlaku ia terhenti di situ jadi semua kelulusan dan dokumentasi perlulah bersedia sebelum menerima penerbangan masuk ke Melaka, ” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapannya di Majlis Pelancaran Pelan Strategik Jabatan Ketua Menteri Melaka 2022-2026 dan Anugerah Hari Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Melaka 2022 di Hotel Holiday Inn, di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari serta tetamu lain.

Mengulas lanjut, beliau berkata pesawat jenis ATR-72 Batik Air dijangka akan mendarat di LTAM dengan membawa penumpang bermula dari Pekan Baru Indonesia untuk mengambil penumpang di negeri ini sebelum memulakan perjalanan ke Pulau Pinang.

“Saya difahamkan kita (pernah) meminta penerbangan satu hari sekali tapi apa yang difahamkan Batik Air akan melakukan penerbangan sebanyak tiga kali seminggu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1052
Kongsi :
Previous post KPLB lindungi aset di luar negara elak dijadikan sasaran tuntutan waris kesultanan Sulu
Next post Peruntukan hampir RM65 juta bantu peneroka, generasi baharu FELDA
Ubah saiz-+=