MPHTJ pastikan Bila Larut Malam Zoo Melaka meriah

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 15 Mei – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bersama Zoo Melaka sedang memperincikan beberapa perkara bagi menjamin kelancaran aktiviti Bila Larut Malam dimulakan awal Jun ini.

Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron berkata, aspek paling diberikan keutamaan adalah kepuasan hati pelanggan yang melawat Zoo Melaka pada waktu malam.

“Keselesaan haiwan juga menjadi keutamaan, kita tidak mahu pelaksanaan ini nanti menggangu waktu tidur atau masa rehat haiwan yang ada di Zoo Melaka. Jadi tempoh masa zoo dibuka pada waktu malam amat penting.

“Apabila dilaksanakan nanti pengunjung juga akan dibawa menaiki tram yang pihak zoo sediakan, bukan berjalan seperti waktu operasi sebelah siang,” katanya.

Sapiah berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Ceramah Perdana Integriti Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya bertajuk Keseimbangan Hidup Antara Kesibukan Bekerja dan Kepentingan Keluarga yang disampaikan penceramah terkenal Ustaz Syamsul Debat, di Pentas Melaka Mall, semalam.

Jelas beliau, penggunaan tram diputuskan bagi mengelakkan sebarang isu keselamatan membabitkan pengunjung ke Zoo Melaka.

“Bagi menyambut pengunjung bersempena aktiviti Bila Larut Malam nanti, kami juga sedang melakukan persediaan membabitkan kemudahan, agar dalam keadaan baik.

“Menerusi aktiviti diilhamkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh ini, pengunjung hanya perlu membayar RM10 sahaja untuk masuk ke Zoo Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

164
Kongsi :
Previous post Ibu tunggal terharu anak diiktiraf murid terbaik UPKK
Next post Selawat jadi kunci kecemerlangan
Ubah saiz-+=