
Pasar raya di Cheng ditutup, berlaku jangkitan COVID-19
CHENG 27 Jun – Sebuah pasar raya di Cheng ditutup bermula esok sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Pasar raya berkenaan dalam satu kenyataan yang tular di media sosial dipetik berkata, penutupan itu dilakukan selepas beberapa pekerjanya diuji positif COVID-19.
Jelas kenyataan itu, penutupan itu juga dilakukan bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dan saringan kontak rapat dijalankan.
“Proses sanitasi dan pembasmian kuman akan dilakukan di semua stor, pusat beli-belah dan kawasan umum untuk memastikan keselamatan pekerja dan pelanggan.
“Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang ditimbulkan dan akan melakukan yang terbaik untuk mengalu-alukan kedatangan pelanggan secepat mungkin,” kata kenyataan tersebut.
Untuk rekod, sehingga kini, terdapat tiga pasar raya di daerah Melaka Tengah telah ditutup selepas berlakunya penularan pandemik COVID-19.
Malah, dua daripada pasar raya yang terletak di Ayer Keroh dan Klebang telah mencetuskan kluster baharu di negeri ini dalam tempoh tidak kurang seminggu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...