
Pasangan kekasih curi motosikal dicekup
IPOH 9 Ogos – Tindakan sepasang kekasih mencuri motosikal di daerah Parit Buntar akhirnya membawa padah apabila mereka ditahan polis semalam.
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata kedua-dua suspek berusia 28 dan 24 tahun itu ditahan di sebuah inap desa di Kuala Kurau pada 2.30 petang.
Beliau berkata polis menerima laporan daripada seorang lelaki berumur 36 tahun yang kehilangan sebuah motosikal di rumahnya pada hari yang sama.
“Polis menemukan semula motosikal yang dilaporkan hilang itu dan kenderaan itu ada pada suspek,” katanya dalam satu kenyataan.
Juna berkata suspek lelaki mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah, manakala suspek wanita turut mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan kes sama.
Suspek wanita itu baru dua hari dibebaskan dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian atas kesalahan dadah dan dalam tempoh jaminan sementara menunggu hari perbicaraan .
Beliau berkata ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Parit Buntar hari ini bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut.
Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS TEMBAK MATI PENJENAYAH DI BUKIT MERTAJAM
BUKIT MERTAJAM 11 Mac - Seorang penjenayah maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Gajah Mati, Machang Bubok...
TAK MAHU BELI BAJU RAYA, PETANDA AISAR AZIM AKAN PERGI SELAMANYA – KELUARGA
SEREMBAN, 11 Mac - Permintaan untuk tidak membeli baju raya tahun ini menjadi petanda pemergian seorang remaja, Aisar Azim Abdullah,...
CUMA 20 PERATUS PEGAWAI, ANGGOTA BOMBA MELAKA DIBENARKAN CUTI RAYA
JASIN 10 Mac - Hanya 20 peratus daripada keseluruhan 496 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka...
REZEKI ORANG DUYONG KIAN MELIMPAH
BANDARAYA MELAKA 11 Mac - Pelbagai program berbentuk keagamaan dan kerohanian yang memberikan manfaat kepada penduduk, khusus golongan kurang berkemampuan...
BOMBA TERUS BERJASA, SUMBANG 40 BAKUL RAMADAN KEPADA ASNAF
JASIN 10 Mac - Bukan sekadar berjasa setiap kali berlaku bencana atau kecemasan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka...
PEGAWAI KESELAMATAN RUGI LEBIH RM300,000 DITIPU PHONE SCAM
CHUKAI 10 Mac - Seorang pegawai keselamatan sebuah syarikat swasta di sini mengalami kerugian RM303,750 selepas diperdaya sindiket ‘phone scam’....