
Pasangan Indonesia larikan diri selepas positif Covid-19 berjaya dikesan
KUCHING 19 Jun – Dua warganegara Indonesia yang dilapor melarikan diri selepas didapati positif Covid-19 semalam berjaya dikesan lewat malam tadi dan telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak di sini.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, kedua-dua individu itu yang merupakan pasangan suami isteri ditemui di sebuah kawasan perumahan baharu di tepi Jalan Matang Baru kira-kira pukul 11.15 malam.
“Kedua-duanya telah dibawa oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan) ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan dan rawatan susulan,” katanya dalam satu mesej WhatsApp kepada media hari ini.
Semalam, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menyatakan kedua-dua warga asing berkenaan melarikan diri selepas menjalani ujian saringan Covid-19 sebagai syarat untuk memohon permit kerja mereka di sini.
Kehilangan mereka disedari pasukan Kementerian Kesihatan semasa menjalankan langkah susulan untuk mengesan kontak rapat dan mencari punca jangkitan.
– BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
NORANIZA IDRIS BUAT LAPORAN POLIS DAKWA PERNIAGAAN MURUKU DITIPU RM630,000
SHAH ALAM 4 Mac - Penyanyi Noraniza Idris hari ini membuat laporan polis selepas perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir...
DUA SAHABAT MENGAKU SALAH ROMPAK BERKUMPULAN GUNA SENJATA, CEDERAKAN DUA LELAKI
KOTA BHARU 4 Mac - Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak...
KEMATIAN WARGA EMAS DENGAN KESAN TERBAKAR AKIBAT HENTAKAN OBJEK, SEDUTAN ASAP
ALOR SETAR 4 Mac - Punca kematian wanita warga emas yang ditemukan dengan kesan terbakar disyaki dibunuh anaknya pada Ahad...
TIGA LELAKI DISYAKI ROMPAK KEDAI EMAS DI NILAI
SEREMBAN 4 Mac - Tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, dekat...
LEBIH 35,000 KES PENIPUAN DENGAN KERUGIAN RM1.6 BILION DIREKODKAN TAHUN LEPAS – BUKIT AMAN
KUALA LUMPUR 3 Mac - Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion, kata Pengarah...
MAYAT REPUT DITEMUKAN DALAM TANDAS TERBIAR
JERTIH 3 Mac - Mayat seorang lelaki tanpa identiti dalam keadaan mereput ditemukan di tandas terbiar dekat Pantai Bukit Keluang,...