
Pasang CCTV di Japerun Ayer Limau
AYER LIMAU 9 September – Kompleks Japerun Ayer Limau bakal dilengkapi sistem pengawasan kamera litar tertutup (CCTV) sebagai langkah keselamatan tambahan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, sistem keselamatan itu bertujuan untuk memantau pergerakan keluar masuk orang awam di kompleks terbabit.
“Perkara ini adalah susulan kejadian penemuan dua mayat dalam Perodua Kancil pada 7 September lalu.
“Sebenarnya pada hari kejadian, pegawai Japerun menyedari kehadiran Perodua Kancil berkenaan, namun beliau menyangka kenderaan itu adalah milik guru Tadika Kemas yang juga berada dalam kawasan Kompleks,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.