
Pasang alat amaran banjir di Kampung Pulau Nibong
PENGKALAN BATU 26 Julai – Alat pengesan amaran awal banjir sungai akan dipasang di sungai di Kampung Pulau Nibong, sekali gus membolehkan penduduk melakukan persiapan awal sebelum bencana itu melanda.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu Datuk Kalsom Noordin berkata, alat itu akan mengemas kini paras air sungai secara automatik dan maklumat akan dihantar kepada penduduk menggunakan aplikasi Whatsapp dan Telegram.
Katanya, kemudahan itu bukan sahaja memudahkan penduduk melakukan persiapan sebaliknya memberi amaran awal kepada pihak berkuasa dan pasukan penyelamat untuk bertindak.
“Saya bersama wakil Pusat Komersil Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan beberapa pemimpin masyarakat telah mendengar taklimat mengenai alat pengesan banjir yang akan dipasang.
“Kita harapkan alat ini dapat membantu penduduk dan pihak berwajib untuk bertindak awal dan lebih pantas selepas amaran awal rosiko banjir dikeluarkan,” katanya.
Beliau berkata menerusi satu hantaran di Laman Facebook rasminya pada 21 Julai lalu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...