Sorting by

×

Pas Melaka tubuh tabung bencana bantu rakyat terkesan ‘lockdown’

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 31 Mei – Pas Melaka akan menyahut saranan di peringkat pusat dengan menubuhkan Tabung Bencana COVID-19 dalam masa terdekat.

Pesuruhjaya Pas Melaka Datuk Kamarudin Sidek berkata, menerusi penubuhan tabung itu, ia kemudiannya akan disalurkan kepada golongan sasar, khususnya kepada rakyat yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau ‘total lockdown’ bermula esok.

Beliau berkata, sasaran tidak kurang RM1 juta sumbangan dijangka dapat dikumpulkan di seluruh negara melalui tabung ini dalam usaha membantu kerajaan meringankan beban rakyat.

“Kita tahu ramai akan terjejas dengan lockdown dan kita sebagai parti politik cuba mencari jalan dengan mewujudkan tabung bencana COVID-19 ini untuk membantu mereka yang terkesan,” katanya ketika ditemui di Seri Negeri, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Kamarudin berkata, pihaknya juga akan meneruskan misi bantuan kepada rakyat Palestin dengan melancarkan tabung bantuan di bawah bantuan #Aid4Palestine.

Beliau berkata, untuk fasa pertama sebelum ini Pas Melaka menyumbang hampir RM60,000 untuk disalurkan kepada #Aid4Palestine.

“Fasa kedua kini sedang berlangsung sehingga 11 Jun depan (30 Syawal) yang mana kita menyasarkan untuk mengumpul hampir RM100,000 untuk disalurkan kepada rakyat Palestin,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

451
Kongsi :
Previous post Dua lelaki ditahan miliki rokok seludup bernilai lebih RM40,000
Next post Gary sedia ‘menggegau’ bersama MUFC
Ubah saiz-+=