
PAS Melaka nekad sokong PN tatkala dakwaan berlaku kemelut politik
AYER KEROH 4 Jun – PAS Melaka akan terus tetap menyokong Perikatan Nasional (PN) Melaka, biarpun terdapat dakwaan mengenai kemelut politik yang bakal melanda negeri ini.
Pesuruhjayanya, Kamarudin Sidek berkata, pihaknya akan terus menyokong pentadbiran PN Melaka di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md. Ali.
“Setakat ini tidak ada lagi isu exco, mahupun wakil rakyat PN akan tinggalkan kerajaan sedia ada dan bagi kami ini hanyalah gimik bagi menyebarkan khabar angin sahaja.
“Setakat ini keadaan terkawal lagi biarpun, ada sedikit pergolakan dalam parti politik, tetapi dalam konteks kerajaan sedia ada kita akan terus pertahankan.
“Difahamkan setakat ini tiada lagi perbincangan sulit diadakan dan keadaan masih lagi terkawal, malah kami tetap menyokong kerajaan pada hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Seri Negeri, di sini semalam.
Terdahulu, kira-kira 10 jawatankuasa tertinggi parti itu hadir ke pusat kerajaan negeri bagi mengadakan pertemuan bersama Sulaiman di pejabatnya.
Kunjungan yang disambut baik itu diadakan bagi membincangkan sokongan PAS terhadap kerajaan negeri.
Malah pihak terbabit turut menghantar memorandum kepada kerajaan negeri bagi mengkaji semula isu birokrasi, ekonomi dan permasalahan perlesanan arak dan judi di Melaka.
Views:
Related

Berita Lain
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...