
Parti pekerja asing positif bukan di MITC – Rahmad
AYER KEROH 17 Julai – Rakaman tular mendakwa sekumpulan pekerja asing positif COVID-19 sedang berparti di sebuah pusat kuarantin bukan berlaku di Melaka.
Exco Kesihatan Datuk Rahmad Mariman menafikan penularan video berdurasi 43 saat itu yang didakwa dirakam di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) MITC, Ayer Keroh.
“Rakaman video itu bukan di Melaka, bukan di PKRC MITC (Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka).
“Saya harap, orang ramai hentikanlah menyebar berita tidak sahih sebegini yang hanya memburukkan lagi keadaan,” katanya ringkas ketika dihubungi MHI hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah itu mengulas penularan klip video berkenaan hari ini yang mendakwa sekumpulan pekerja asing sedang berparti di dalam pusat kuarantin di MITC Melaka.
Berdasarkan rakaman itu, sekumpulan 10 ke 12 orang dilihat sedang menghiburkan diri dengan cara menari dalam kalangan mereka tanpa mengganggu petugas lain.
Ia dipercayai dirakamkan di sebuah pusat kuarantin, bagaimanapun tidak dapat dipastikan bila dan di manakah rakaman itu dibuat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BAYI LELAKI LIMA BULAN MENINGGAL DUNIA DI BAWAH JAGAAN PENGASUH
ISKANDAR PUTERI 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan polis mengenai kejadian seorang bayi lelaki berusia lima bulan disahkan...
POLIS JOHOR TERIMA LAPORAN KES GADUH DI LALUAN MASUK BSI
JOHOR BAHRU 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian pergaduhan antara dua lelaki, seperti yang tular dalam...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI RAIKAN SAUDARA BAHARU
AYER KEROH 10 April - Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mualaf Negeri Melaka dijadualkan pada 19 April depan bakal menghimpunkan...
EJEN HARTANAH MENINGGAL DUNIA DALAM SUV
AYER KEROH 10 April - Seorang ejen hartanah ditemukan meninggal dunia dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 miliknya...
KES BULI MRSM: POLIS SELESAI REKOD KETERANGAN TUJUH PELAJAR
NIBONG TEBAL 10 April - Polis merekodkan keterangan dua lagi pelajar sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, bagi...
DUA MAUT, SEORANG PARAH DALAM KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI KUCHING
KUCHING 10 April - Dua lelaki maut manakala seorang remaja perempuan parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Tun...