
Parlimen dijangka bersidang September atau Oktober ini
PUTRAJAYA 15 Jun – Sidang Parlimen dijangka akan diadakan menjelang fasa ketiga dalam Pelan Pemulihan Negara pada September atau Oktober depan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sidang Parlimen akan diadakan bagi mendukung sistem demokrasi berparlimen di negara ini.
Bagaimanapun ujarnya, persidangan terbabit akan diadakan pada fasa itu sebaik negara ini mampu mencapai tahap imuniti berkelompok.
“Ia akan diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat bagi memutuskan rantaian COVID-19,” katanya.
Beliau berkata demikian pada perutusan khas Pelan Pemulihan Negara : Peralihan Fasa PKP Secara Berperingkat, di sini hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...