
Parlimen cukup kelengkapan, bersedia bersidang secara hibrid
KUALA LUMPUR 24 Jun – Parlimen mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk melaksanakan persidangan Dewan Rakyat secara hibrid pada bila-bila masa, jika diperlukan.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, pihak Parlimen juga dalam proses perolehan untuk menambah bahagian teknikal lain yang diperlukan.
âSudah pasti cukup bersedia dan kelengkapan yang ada adalah mencukupi, kita sedang melakukan penambahan bagi melaksanakannya (persidangan secara hibrid),â katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berkata, sehingga kini belum ada tarikh tertentu untuk Dewan Rakyat bersidang dan ia akan mengikut Peraturan Mesyuarat, yang menetapkan keperluan memberi notis 28 hari sebelum persidangan bermula.
âKita serah kepada hemat Ketua Majlis untuk pelaksanaan berikutnya,â katanya.
Beliau berkata, pelaksanaan persidangan Parlimen secara hibrid adalah norma baharu dan tidak mustahil serta akan menjadi sejarah kepada Malaysia, ketika berdepan pandemik COVID-19.
âIa juga adalah cabaran baharu kepada Speaker, apabila kita akan berhadapan dengan âmonitor-monitorâ untuk melihat Ahli-ahli Parlimen,â katanya.
Mohd Rashid berkata, sekiranya berlaku persidangan Dewan Rakyat secara hibrid, terdapat beberapa peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang perlu dipinda, contohnya proses undian, dan semua pindaan yang diperlukan akan dimasukkan sebagai satu Senarai Tambahan (Addendum) kepada Peraturan Mesyuarat sedia ada.
âSatu contoh lagi, Parlimen melihat kepada Perlembagaan Persekutuan Perkara 62 Tatacara Parlimen.
âPada 62(5) ada disebut Ahli-ahli yang tidak hadir di dalam sesuatu Majlis Parlimen tidaklah dibenarkan mengundi. Tetapi ia dibaca juga pada 62(1) iaitu tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dan peruntukan undang-undang persekutuan, setiap Majlis Parlimen hendaklah mengawal selia tatacaranya sendiri,â katanya.
Ditanya bilangan Ahli Parlimen yang perlu hadir secara bersemuka di Dewan Rakyat sekiranya pindaan dilakukan, Mohd Rashid berkata bilangan minimum untuk cukup korum bersidang ialah 26 Ahli Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Sebelum ini, Dewan Rakyat (dengan petua Speaker) pernah membuat ketetapan sehingga 80 maksimum (keberadaan di dalam Dewan Rakyat) tetapi jumlah sebenar dan kaedah masih diperhalusi di peringkat akhir.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.