Sorting by

×

PARKLAND AVENUE BY THE SEA PROJEK PEMBANGUNAN BERIMPAK TINGGI

Masa Membaca:2 Minit, 16 Saat

KOTA LAKSAMANA 6 Disember – Parkland Group kini dalam proses membangunkan projek berimpak tinggi iaitu Parkland Avenue By The Sea sebuah kemudahan 50 tingkat yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan dilengkapi elemen menarik.

Pengarah Urusan Parkland Group, Datuk Victor Tan berkata pembangunan terletak berhampiran Selat Melaka itu merupakan projek integrasi yang melibatkan tiga komponen.

Katanya, Parkland Avenue By The Sea akan dilengkapi dengan pelbagai fasiliti yang menjanjikan keseronokan luar biasa kepada pengunjung.

“Kami memperuntukkan sehingga tiga ekar bagi taman tema air dan fasiliti terbaik yang menawarkan lebih 50 aktiviti menarik boleh dinikmati pengunjung bersama keluarga. Antaranya kolam mandi keluarga, bilik sauna, Pantai yang menarik, kemudahan ‘grill & dine’ serta pelbagai lagi.

“Kepada yang mahu bersantai kami turut sediakan sebuah pusat beli-belah satu tingkat yang berkeluasan 20,000 kaki persegi iaitu Village Grocer dan keseluruhan keluasan pusat beli-belah termasuk restoran terkemuka adalah 200,000 kaki persegi,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Parkland Avenue By The Sea dan Pemeteraian Perjanjian Bersama Village Grocer di Parkland Group yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, semalam.

Hadir sama, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin serta Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Yang turut hadir Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin dan Timbalan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana, Low Chee Leong.

Mengulas lanjut, Victor turut mengumumkan pembangunan projek integrasi tersebut bakal menempatkan sebuah bank terkemuka dalam negara yang mana ia akan menjadi ikonik bank.

Tambahnya, keindahan panorama Melaka juga dapat dinikmati menerusi dek pemandangan di Puncak bangunan tersebut yang diberi nama ‘Green Roof’.

“Pengunjung atau penghuni boleh menikmati keindahan Selat Melaka yang terbentang luas serta menyaksikan ‘sunrise’ atau ‘sunset’ yang menakjubkan,” katanya.

Jelasnya, Parkland Group turut menyediakan laluan pejalan kaki berbumbung bermula dari tapak projek itu hingga ke lokasi berhampiran Sungai Melaka.

“Laluan ini akan terus menghubungkan ke Jonker Street, Bangunan Merah, Bukit Melaka dan Kota A’ Famosa yang mana kemudahan ini boleh digunakan pada bila-bila masa sebagai trek riadah.

“Selain itu, kita juga mengambil inisiatif menyambungkan jajaran jalan dan kerja-kerja pembinaan telah dimulakan, ia bertujuan untuk mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas bagi kenderaan yang menuju ke Pantai Klebang, Pantai Puteri dan sekitarnya.

“Parkland Group komited menyokong hasrat Kerajaan Negeri dalam menyediakan infrastruktur lebih baik dan bakal membelanjakan kos lebih RM3 juta untuk pembinaan pelbagai infrastruktur,” katanya.

Beliau berharap usaha dan inisiatif yang bakal dilaksanakan itu akan memberi impak positif terhadap pembangunan sekitar selain dapat dimanfaatkan bagi tempoh jangka masa yang panjang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

367
Kongsi :
Previous post PEJABAT JPJ MASJID TANAH MUDAHKAN LEBIH 200,000 PENDUDUK
Next post JPJ MOBILE MASJID TANAH KUTIP LEBIH RM2 JUTA
Ubah saiz-+=