PARKIR PERCUMA SELAMA SEMINGGU

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 13 September – Bagi memberikan Kemudahan dan keselesaan kepada pelancong serta pengunjung Kerajaan Negeri melaksanakan inisiatif parkir percuma selama seminggu bermula esok hingga 20 September ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, menerusi satu kenyataan memaklumkan inisiatif itu membabitkan 34,764 petak parkir di empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Melaka.

Ab Rauf berkata, tawaran parkir percuma itu membabitkan sebanyak 14,876 petak parkir di bawah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB); 5,000 petak parkir Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG); 3,500 petak parkir Majlis Perbandaran Jasin (MPJ); dan 11,388 petak parkir Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

“Inisiatif Khas Parkir Percuma ini adalah bersempena Sambutan Hari Malaysia dan Sambutan Maulidur Rasul yang berlangsung pada musim cuti sekolah, selain kempen Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

“Tawaran khas parkir percuma ini adalah simbolik manifestasi penghargaan kerajaan negeri kepada pelancong dan pengunjung, di mana dari Januari hingga Julai ini Melaka
merekodkan kedatangan lebih 8.7 juta pelancong serta pengunjung,” kata Ketua Menteri.

Beliau berkata, Kerajaan Melaka terus mengalu-alukan ketibaan pelancong ke negeri ini, selain berharap inisiatif tawaran parkir percuma ini dapat memacu pertumbuhan ekonomi sektor pelancongan negeri sempena TMM2024.L

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

167
Kongsi :
Previous post SPRM TAHAN REMAN TIGA PEGAWAI IMIGRESEN PERAK, EJEN PEKERJA ASING DISYAKI RASUAH PROGRAM PRM
Next post PARKIR PERCUMA SELAMA SEMINGGU DI MELAKA
Ubah saiz-+=