
Parkir, akses percuma ke pusat pelancongan sempena 20 Februari
SERI NEGERI 27 November – Inisiatif parkir percuma dan kemasukan percuma ke mana-mana lokasi tarikan pelancongan di Melaka akan ditawarkan sempena Hari Kelepasan Am Melaka, 20 Februari tahun hadapan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, tawaran percuma yang diberikan itu bagi meraikan cuti umum sempena Hari Perisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Jelasnya, parkir percuma dan akses masuk percuma di mana-mana lokasi pelancongan di bawah Kerajaan Negeri akan diberikan sekali gus mampu merancakkan kemasukan pelancong ke negeri ini pada hari berkenaan.
“Kerajaan Negeri berbesar hati untuk melaksanakan inisiatif parkir percuma di semua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan kemasukan percuma ke muzium, Melaka River Cruise, Melaka Taming Sari dan Zoo Melaka sempena sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Beliau berkata demikian pada Persidangan Ketiga (Bajet) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BAYI LELAKI LIMA BULAN MENINGGAL DUNIA DI BAWAH JAGAAN PENGASUH
ISKANDAR PUTERI 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan polis mengenai kejadian seorang bayi lelaki berusia lima bulan disahkan...
POLIS JOHOR TERIMA LAPORAN KES GADUH DI LALUAN MASUK BSI
JOHOR BAHRU 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian pergaduhan antara dua lelaki, seperti yang tular dalam...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI RAIKAN SAUDARA BAHARU
AYER KEROH 10 April - Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mualaf Negeri Melaka dijadualkan pada 19 April depan bakal menghimpunkan...
EJEN HARTANAH MENINGGAL DUNIA DALAM SUV
AYER KEROH 10 April - Seorang ejen hartanah ditemukan meninggal dunia dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 miliknya...
KES BULI MRSM: POLIS SELESAI REKOD KETERANGAN TUJUH PELAJAR
NIBONG TEBAL 10 April - Polis merekodkan keterangan dua lagi pelajar sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, bagi...
DUA MAUT, SEORANG PARAH DALAM KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI KUCHING
KUCHING 10 April - Dua lelaki maut manakala seorang remaja perempuan parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Tun...