Paras sungai bahaya, penduduk di lima negeri diminta waspada
KUALA LUMPUR, 5 Jan – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menasihatkan penduduk di beberapa kawasan di Pahang, Selangor, Johor, Melaka dan Sabah agar berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa berikutan paras air beberapa sungai berada pada tahap bahaya.
JPS dalam kenyataan hari ini memaklumkan di Pahang, paras air Sungai Bera di Jambatan Sungai Bera serta Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan berada pada aras bahaya dengan trend menaik manakala Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera berada pada aras bahaya dengan trend menurun.
Sementara itu, di Selangor aras air di Sungai Bernam Rimba KDR di Sabak Bernam juga berada pada aras bahaya dengan trend menaik.
JPS turut memaklumkan di Johor aras air Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat dan Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak turut berada pada aras bahaya dengan trend menurun.
Bagi Melaka, aras air Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah berada pada aras bahaya dengan trend menaik manakala di Sabah aras air Sungai Padas di Beaufort JPS, Beaufort berada pada aras bahaya dengan tiada perubahan trend.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
WARGA EMAS OKU HILANG SELEPAS KELUAR RUMAH DI REMBAU
SEREMBAN 17 Disember - Seorang lelaki warga emas dikhuatiri hilang selepas keluar dari rumahnya di Batu 4, Kampung Air Melintang,...
RANAU DILANDA GEMPA BUMI LEMAH LAGI
KOTA KINABALU 17 Disember - Gempa bumi lemah bermagnitud 3.1 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Ranau, pada 10.01 pagi...
MPHTJ ‘CABUT’ PAPAN IKLAN TIDAK BERLESEN
AYER KEROH 17 Disember - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menerusi Jabatan Perlesenan menurunkan 15 unit papan tanda haram...
MAIM CAKNA PENDIDIKAN ANAK ASNAF
AYER KEROH 17 Disember - Umat Islam di negeri ini diminta supaya ambil tahu dan cakna mengenai anak asnaf dalam...
SENI KEPIMPINAN BERI NILAI TAMBAH KECEMERLANGAN MAHASISWA
LENDU 16 Disember - Aspek kepimpinan dilihat amat penting bagi membantu meningkatkan kecemerlangan mahasiswa dalam memberi nilai tambah 'soft skill'....
POLIS BURU LELAKI INDONESIA DISYAKI TERLIBAT KES BUNUH RAKAN SENEGARA
MUKAH 16 Disember - Polis memburu seorang lelaki Indonesia yang disyaki terlibat dalam kejadian pergaduhan sehingga mengakibatkan kematian rakan senegaranya...