PARAMEDIK KOMUNITI DIPERLUAS KEPADA PEMIMPIN MASYARAKAT

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

SUNGAI RAMBAI 23 November – Sukarelawan Paramedik Komuniti fasa kedua di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai akan diperluaskan dalam kalangan pemimpin masyarakat terutamanya pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai Siti Faizah Abdul Azis berkata, ketetapan iti dibuat bagi memastikan setiap pemimpin masyarakat memiliki pengetahuan terhadap asas rawatan dan mampu memberi bantuan awal sekiranya berlaku sesuatu kejadian di luar jangka.

Beliau yang juga Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri memaklumkan, setiap sukarelawan Paramedik Komuniti ini akan dihantar mengikuti kursus dan latihan bantuan kecemasan serta diberikan pendedahan tentang asas rawatan awal selamat pesakit.

“Sasaran di DUN Sungai Rambai semua pengerusi JPKK wajib untuk mendaftar dan menjadi sukarelawan Paramedik Komuniti selain mereka perlu ada asas bantuan awal kecemasan.

“Malah kita juga akan perluaskan dalam kalangan pengerusi masjid dan surau di seluruh DUN Sungai Rambai. Lokasi tumpuan ramai adalah sasaran kerana kita tidak dapat duga atau jangka akan sesuatu perkara yang akan berlaku,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Kemaskini Maklumat DUN Sungai Rambai dan Penyerahan Peralatan Paramedik Komuniti, di Japerun Sungai Rambai, di sini, hari ini.

Siti Faizah berkata, pelaksanaan sukarelawan Paramedik Komuniti diadakan secara berperingkat di DUN Sungai Rambai, di mana mana pada fasa pertama, seramai 30 penduduk sudah berdaftar sebagai sukarelawan.

“Cadangan kita untuk fasa pertama membabitkan 30 penduduk yang kebanyakan mereka ada golongan muda dan fasa kedua sasaran kita adalah pemimpin masyarakat.

“Dijangka untuk fasa kedua nanti ia akan membabitkan lebih 40 sukarelawan kerana di DUN Sungai Rambai kita mempunyai, 21 surau dan masing-masing 10 JPKK dan masjid,” katanya.

Jelasnya, kesemua 30 sukarelawan fasa pertama sudah berdaftar dan mengikuti kursus secara berperingkat yang telah ditetapkan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

31
Kongsi :
Previous post SWM SASAR 10 PUSAT PANDU LALU KITAR SEMULA DIBUKA DI MELAKA
Next post AUTISME: KENA CEPAT BERTINDAK!
Ubah saiz-+=