‘PAPER PLANE’, MELAKA PECAH REKOD PENYERTAAN PALING RAMAI

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

LENDU 29 Oktober – Kejohanan Science Paper Plane sempena Minggu Sains Negara (MSN) 2024 Peringkat Negeri Melaka  cipta sejarah selepas diiktiraf Malaysia Book of Record (MBOR) bagi penyertaan paling ramai dengan 1,101 peserta.

Sijil pengiktirafan tersebut disampaikan wakil MBOR, Megat Faris Hussein Megat Muzaffar Shah kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sambil disaksikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang

Ab Rauf, menyifatkan ianya sebagai pencapaian membanggakan dan beliau turut mengucapkan tahniah kepada Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan kerana merealisasikan kejayaan tersebut.

“Berkait itu, saya cukup terharu mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Melaka telah berjaya meraih pengiktirafan daripada MBOR apabila merekodkan penyertaan lebih 1,000 orang peserta Pertandingan Paper Plane yang telah berlangsung pada 21 hingga 23 Oktober yang lalu.

“Tahniah buat Exco Sains negeri, YB Datuk Fairul Nizam kerana berjaya memastikan sejarah ini tercipta,” katanya ketika berucap menyempurnakan Perasmian MSN 2024 Peringkat Negeri Melaka di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Alor Gajah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan; Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr. Shahrin Sahib dan Rektor UiTM Cawangan Melaka, Prof. Datuk Ts. Dr. Mohd Rasdi Zaini.

Sementara itu, kejohanan kapal terbang kertas itu juga menyaksikan anak Melaka iaitu Mohamad Hairul Adwa Nohd Hairulnizam dari Sekolah Kebangsaan (SK) Ramuan China Besar mencipta rekod bagi kategori jarak terjauh dengan jarak 36.76 meter.

Bagi juara keseluruhan bagi kategori ‘time aloft’, diraih oleh Pravin @ Muhammad Rafiq Abdullah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gajah Berang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

139
Kongsi :
Previous post PERTUNJUKAN UDARA DAN PENERJUNAN ANTARA KELAINAN KUAM 2024
Next post JENTIK MINDA ANAK MUDA, CETUS IDEA HASILKAN LEBIH BANYAK INOVASI
Ubah saiz-+=