Sorting by

×

Pantau tiga bulan sekali kunci pencapaian satu tahun

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

AYER KEROH 19 Disember – Pemantauan gerak kerja secara berkala menjadi kunci kejayaan pelaksanaan 95 peratus inisiatif satu tahun akujanji Kerajaan Negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, setiap kerangka gerak kerja sepanjang tempoh setahun ini telah diletakkan papan pemuka (dashboard) pejabatnya bagi membolehkan beliau melihat dan memastikan setiap inisiatif dilaksanakan.

Malah, beliau sendiri juga akan memantau setiap ‘Flagship’ yang dipertanggungjawabkan kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) setiap tiga bulan sekali bagi memastikan cogan kata ‘Bagi Jadi, Kasi Jadi’ dapat ditepati.

“Mana-mana inisiatif ‘quick-win’ perlu dilaksanakan mengikut setiap portfolio ahli MMKN dan mereka bertanggungjawab perlu bentangkan setiap tiga bulan sekali sewaktu MMKN dilaksanakan.

“Dan dari situlah kita akan nampak mana yang belum dicapai dan mana yang boleh dicapai mengikut pada setiap suku tahun. ‘Bagi Jadi, Kasi Jadi ini (seiring) akan dipantau dalam dashboard yang ada di pejabat saya dan (kemudiannya) setiap portfolio yang diberi tanggunggjawab perlu memberikan taklimat semasa MMKN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan Tahun 2022 dan Majlis Pencapaian Setahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka di Dataran Seri Negeri, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari, barisan Exco Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan ketua-ketua jabatan serta agensi.

Dalam pada itu, menerusi pencapaian setahun itu, pihaknya menzahirkan penghargaan kepada semua Ahli MMKN, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) serta penjawat awam erlibat dalam memastikan setiap aku janji yang ditawarkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu dapat dicapai dan memberikan pulangan terbaik kepada rakyat.

“Terima kasih kepada semua penjawat awam Melaka, ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak menjayakan prestasi ini dan kita akan teruskan kerana kita ada lagi aku janji dalam tempoh tiga dan lima tahun pada masa akan datang.

“Jadi saya amat berharap pencapaian cemerlang ini akan ditunjukkan dan diteruskan pada tahun tahun akan datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1437
Kongsi :
Previous post Johari Abdul dilantik Speaker Dewan Rakyat baharu
Next post 2023 jadi tahun pencapaian – Sulaiman
Ubah saiz-+=