Pantau kebersihan LTAM

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

BATU BERENDAM 9 Mei – Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan membentangkan laporan berhubung operasi dan kebersihan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), kepada Kerajaan Negeri pada Khamis ini.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, satu perjumpaan rasmi juga akan diadakan bersama MAHB bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai operasi perkhidmatan penerbangan di LTAM.

“Tiada masalah dalam pembangunan infrastruktur cuma penyelenggaraan pembersihan secara menyeluruh perlu dilaksanakan kontraktor.

“Perkhidmatan LTAM perlu diaktifkan secara menyeluruh, jadi perjumpaan itu nanti akan membincangkan semula bagaimana kemudahan ini mampu beroperasi sepenuhnya lebih-lebih lagi sebagai persediaan bagi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024)” katanya,

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan mengejut bagi meninjau keadaan LTAM, Batu Berendam, di sini, petang tadi.

Hameed juga menempelak laporan yang tular di media sosial mendakwa persekitaran LTAM tidak terjaga hingga menimbulkan reaksi negatif orang ramai.

Jelasnya kawasan itu sebenarnya masih di dalam pemantauan pihak MAHB, bagaimanapun rombakan jadual pembersihan dan faktor cuaca mengakibatkan perkara itu berlaku.

“Susulan rombakan jadual penyelenggaraan dan pemotongan rumput ditumpukan dahulu di kawasan landasan iaitu di dalam LTAM. Kontraktor menangguhkan sementara kerja-kerja pemotongan rumput di kawasan pintu masuk dan pekarangan LTAM.

“Pihak LTAM memaklumkan penyelenggaraan ini akan disiapkan dalam tempoh tiga hari dan sebenarnya tiada apa isu pun dalam hal ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4501
Kongsi :
Previous post Melaka tuan rumah sambutan Hari Bomba Sedunia 2023
Next post Pertengkaran ‘berdarah’, pengurus syarikat maut ditikam
Ubah saiz-+=