PANTAI PUTERI LEBIH BERSIH, INDAH
Daripada jumlah itu kira-kira 30kg barangan yang boleh dikitar semula berjaya dikumpul membabitkan pelbagai jenis plastik, kertas, aluminium, botol kaca dan lain-lain.
Menurut Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin, pihaknya mengambil inisiatif membersihkan pantai bersama rakan-rakan strategik sebagai tanda sokongan kepada inisiatif WCD menggalak orang ramai menjaga kebersihan demi kelestarian alam.
“Program seumpama ini diharap dapat memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan menjaga dan memelihara kebersihan pantai dan demi kelesaan semua pihak yang berkunjung ke pantai ini.
“Pantai yang bersih dan indah bukan sahaja dapat menarik pengunjung ke salah satu pantai tumpuan di negeri ini, malah membantu kerajaan negeri mempromosi Pantai Puteri sebagai salah satu destinasi pelancongan di Negeri Melaka lebih-lebih lagi pada Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) ketika ini,” katanya.
Program bersempena Hari Pembersihan Sedunia atau World Cleanup Day (WCD) 2024 itu disertai kira-kira 50 sukarelawan daripada beberapa rakan strategik SWM Environment serta komuniti setempat.
Sukarelawan yang turut serta mewakili beberapa agensi antaranya Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Melaka, Teladan Setia Group Berhad, Melaka Bird Nest Enterprise Sdn Bhd serta komuniti setempat yang menjalankan aktiviti kutipan sampah (plogging) secara berkumpulan di sekitar pesisir pantai berkenaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.