Pantai Pengkalan Balak kembali ‘ceria’

Masa Membaca:1 Minit, 48 Saat

KUALA LINGGI, 12 Dis. – Kebenaran aktiviti merentas negeri bukan sahaja melegakan peniaga setempat kerana tidak sumber pendapatan malah pelancong dari negeri lain juga berikutan agak lama terperap di rumah hampir sebulan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri pada 9 November lalu.

Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) di Pantai Pengkalan Balak kembali meriah dengan kehadiran pelancong yang mahu menghabiskan masa bercuti dalam tempoh masa yang singkat, malah suasana mula sesak dengan kenderaan orang ramai yang mahu singgah lokasi pelancongan itu.

Peniaga gerai air dan minuman, Jamsari M Amat, 39 berkata, jalan memasuki pantai tersebut mulai sesak sejak awal pagi dan kawasan mula dipenuhi orang ramai yang mahu mandi-manda di lokasi itu.

JAMSARI

“Kali terakhir pantai ini meriah dipenuhi orang ramai sebelum PKPB dikuatkuasakan dan hari ini kawasan ini seolah-olah ‘bernyawa’ semula,” katanya.

Sementara itu, pesara syarikat swasta, Salbiah Mohd Babo, 54 yang menetap di Tangkak, Johor berkata rancangan untuk berkelah di pantai itu hadir dalam tempoh masa yang singkat memandangkan lima anaknya pulang ke rumah untuk menghabiskan bersama keluarga susulan PKPB.

Katanya, keterujaan untuk menghabiskan masa bersama suami dan anak-anak membuatkannya bangun seawal 4.30 pagi untuk membuat persiapan berkelah di pantai itu.

SALBIAH

“Memandangkan Tangkak dan Melaka tidak jauh, jadi lokasi ini sahaja yang terfikir di kepala, tambahan pula Melaka masih merekodkan zon selamat untuk dikunjungi.

“Mulanya agak keberatan untuk bercuti ke sini namun memikirkan rasa bosan apabila tidak boleh ke mana-mana ketika PKPB itu, kami merancanf untuk ke sini, lebih-lebih lagi kerajaan sudah beri kebenaran rentas negeri,” katanya ketika ditemui di pantai berkenaan di sini hari ini.

Nada sama disuarakan surirumah dari Putrajaya, Norhin Yanti Zainal, 33 yang turut merasakan pantai berkenaan lokasi yang selamat untuk dikunjungi dan keindahan pantai itu yang bersih menjadi tarikan untuk dia dan keluarganya bercuti di lokasi itu.

“Selepas dibenarkan merentas negeri, saya pulang ke kampung ke Johor dan merancang untuk bercuti di sebuah homestay yang mempunyai ‘private pool’ namun dibatalkan, jadi kami ke sini kerana berhampiran dengan Johor, tak perlu susah-payah buat tempajan awal,” katanya.

Views:

1500
Kongsi :
Previous post 30 minit tarik bangkai buaya
Next post JKM terima 91 permohonan Program Susu
Ubah saiz-+=