Sorting by

×

Pantai Kundor: 150 murid, pelajar dapat gunting rambut percuma

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

PANTAI KUNDOR 8 Jan – “Biasanya saya akan belanja antara RM15 hingga RM20 untuk menggunting rambut dua anak tetapi apabila ada program sebegini ia dapat menjimatkan wang,” itu kata Ab Halim Sulaiman, 63.

Dua anak Ab Halim antara kira-kira 150 kanak-kanak dan remaja yang menerima manfaat daripada Program Gunting Rambut Percuma yang diadakan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Pantai Kundor.

Program itu berlangsung selama enam jam bermula 10 pagi hingga 6 petang dan membabitkan tiga tukang gunting.

Menurut Sulaiman, sememangnya dia menunggu program ini diadakan kerana ianya secara tidak langsung dapat membantu meringankan perbelanjaan.

Tukang gunting, Aidil Nasrul Amin, 23 menggunting rambut pelajar yang hadir ke Program Gunting Rambut Percuma Sempena Pembukaan Sesi Persekolahan di Dewan JAPERUN Pantai Kundur. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Memang tunggu program sebegini diadakan walaupun jumlah itu nampak kecil tapi besar nilainya.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada wakil rakyat kawasan kerana menganjurkan program sebegini, kalau boleh biarlah menjadi program tahunan,” katanya.

Bagi pelajar tingkatan lima Faris Zulkarnain Norazizi, 18, berkata, dengan adanya program sebegini dia tidak perlu keluar jauh dari rumah untuk menggunting rambut.

“Mestilah seronok dapat gunting percuma kerana tidak perlu keluar belanja dan juga berdekatan dengan rumah.

“Walaupun percuma tetapi perkhidmatan amat puas hati dan juga tidak mengambil masa lama,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Tuminah Kadi berkata, program itu diadakan khusus untuk membantu keluarga tidak berkemampuan dan ditimpa banjir untuk membuat persiapan.

“Secara tidak langsung dengan adanya program ini dapatlah membantu keluarga yang terkesan dan kurang berkemampuan.

“Saya akan meneruskan program kebajikan rakyat seperti ini bagi membantu meringankan beban dan menjaga kebajikan golongan yang memerlukan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1544
Kongsi :
Previous post LHDN buka kaunter perkhidmatan BKM di seluruh negara pada hujung minggu
Next post Perkampungan Hang Tuah kini berwajah baharu
Ubah saiz-+=