Sorting by

×

Panel penasihat perkasa kolej komuniti

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

KOTA MELAKA 12 Oktober – Lantikan panel penasihat yang terdiri dalam kalangan pelbagai agensi dan individu mampu memperkasakan lagi hala tuju Kolej Komuniti.

Pengerusi Panel Penasihat Kolej Komuniti Kota Melaka Datuk Haryaty Hamdzah berkata, penambah baikkan dengan menambah beberapa panel penasihat adalah tindakan yang wajar untuk sama-sama berkongsi pandangan dan pendapat.

“Sebelum ini difahamkan hanya seorang sahaja tetapi sekarang digabung dengan beberapa orang panel dalam memperkasakan lagi hala tuju kolej komuniti dengan membabitkan bekas pelajar serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

“Seperti dalam mesyuarat tadi turut diberi cadangan oleh bekas pelajar agar pelajar-pelajar tidak hanya diberi pendedahan atau tertumpu spa atau salun di dalam hotel sebaliknya diberikan perhatian yang berada diluar hotel juga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Mesyuarat Jawatankuasa Panel Penasihat Kolej Komuniti Kota Melaka, hari ini.

Menurutnya, panel penasihat juga akan membantu pihak kolej untuk menarik lebih ramai masuk ke kolej komuniti untuk menyambung pengajian.

“Daripada luahan pihak kolej mengenai kemerosotan kemasukan kita juga akan bantu apabila pengetua sekolah serta PPD bersetuju memberi ruang untuk membuat aktiviti di sekolah.

“Ini juga mungkin ramai yang tertumpu kepada platform lain termasuk media sosial kerana boleh menjana pendapatan lebih besar namun hakikatnya di kolej komuniti mereka sebenarnya diberi pendedahan dan ‘skills’ yang lebih meluas,” katanya.

Terdahulu, selepas mesyuarat turut diadakan Fairytales Makeup dan Hair Show Challenge 2022 daripada pelajar Kolej Komuniti Kota Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2371
Kongsi :
Previous post Misteri bil air rendah terjawab, chalet peranginan terima notis
Next post Bapa dipercayai bunuh bayi tiga bulan ada lapan rekod jenayah lampau
Ubah saiz-+=