Sorting by

×

Pandu uji kereta: Polis rekod keterangan MB Kedah

Masa Membaca:57 Saat

BUKIT MERTAJAM 7 Jun – Polis sudah merekodkan keterangan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor bagi membantu siasatan berhubung dakwaan beliau memandu uji kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, di sini, dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, selain Muhammad Sanusi, pihaknya juga sudah merekodkan keterangan empat individu lain untuk membantu siasatan.

“Setakat ini lima orang sudah direkodkan keterangan termasuk menteri besar (Muhammad Sanusi) dan polis masih dalam tindakan untuk melengkapkan siasatan kes itu.

Sebaik sahaja kertas siasatan siap, kami akan segera merujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Shafee berkata siasatan dilakukan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Dua hari lalu, komuniti media sosial kecoh susulan penularan gambar dan video memaparkan individu dipercayai Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kereta, sedangkan negara kini berada di bawah sekatan pergerakan penuh dan pusat jualan serta pameran kenderaan antara sektor yang tidak dibenarkan beroperasi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

566
Kongsi :
Previous post Tidak kemas kini MySejahtera bukan kesalahan, kompaun dibatalkan
Next post ‘Ngauman’ Harimau Malaya ditagih lawan Vietnam, Thailand- Reezal Merican
Ubah saiz-+=