Sorting by

×

Pancaran Siswa tingkat motivasi pelajar

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

AYER KEROH 22 Mac – Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (ICYM) menganjurkan Program Pancaran Siswa 23 khusus untuk pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Program yang diadakan pada 8 dan 9 Mac lalu bertempat di International Agrotourism Sungai Rambai (Kem Modal Insan) itu disertai seramai 144 pelajar tajaan JPA yang terpilih.

Pengarah program Muhammad Taufik Abd Latif berkata, program itu bertujuan membentuk pelajar berintelektual dan berfikiran matang ke arah menjadi insan luar biasa serta serba boleh.

“Matlamat program ini bagi mengembangkan potensi diri pelajar dan mampu menggunakannya secara maksimum. Ia juga untuk mendidik dan membimbing pelajar agar dapat berfikir, bertindak sebagai mahasiswa yang cemerlang selain beradab bersesuaian dengan slogan program ini ‘rela dipimpin untuk memimpin dan rela dibimbing untuk membimbing’.

“Sepanjang program ini diadakan pelbagai aktiviti diadakan bagi melatih pelajar bekerja dalam kumpulan, membentuk disiplin diri dan melahirkan mahasiswa berketerampilan unggul.

“Program ini juga memberi peluang kepada pelajar berbicang dengan pensyarah masing-masing di samping mengeratkan hubungan silaturahim. Impaknya aktiviti sebegini mampu memberi kesedaran dan meningkatkan jati diri pelajar untuk menjadi mahasiswa yang hebat,” katanya.

Upacara perasmian program itu telah disempurnakan Naib Presiden Akademik ICYM Jasmy Fardzy Abdul Aziz.

WhatsApp Image 2023-03-22 at 1.56.59 PM
ANTARA aktiviti dianjurkan pada Program Pancaran Siswa 23.

Dalam ucapannya, Jasmy Fardzy berharap pelajar dapat memperbaiki diri dan mengambil pengalaman yang diperoleh daripada program itu supaya lebih bersedia dan cekal menempuh alam pekerjaan nanti.

Sementara itu, salah seorang peserta program Nur Amirah berkata, program itu banyak mengajarnya menjadi seorang penuntut yang lebih berani dan berkeyakinan.

Selain itu, dia turut tertarik dengan aktiviti khidmat masyarakat yang diadakan kerana menyifatkan aktiviti itu sebagai penyuntik motivasi dan mampu membawa perubahan positif dalam kalangan anak muda.

“Diharap program sebegini akan dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1882
Kongsi :
Previous post Hampir 7,000 pegawai, pakar perubatan KKM letak jawatan sejak 2018 – Lukanisman
Next post Guru maut tak sempat ke sekolah
Ubah saiz-+=