Pameran Seni Khat dan Sejarah Cina Muslim perkasa ketamadunan Islam
BANDA HILIR 2 Ogos – Orang ramai dijemput memeriahkan Pameran Seni Khat dan Sejarah Cina Muslim @ Melaka, berlangsung di Balai Syed Sheikh Al-Hadi.
Pengerusi Lembaga Pengarah, Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) Datuk Akramuddin Ab Aziz berkata, pameran bermula 28 Julai yang lalu hingga 27 Oktober depan mempamerkan lebih 300 koleksi menarik berkaitan kesenian Islam.
“Antara bahan dipamerkan adalah kaligrafi Islam dalam pelbagai jenis tulisan khat, artifak warisan Cina Muslim, seramik dengan tulis Arab dan ukiran kayu.
“Sasaran kami adalah pengunjung dalam kalangan murid dan pelajar sekolah, penuntut institusi pengajian tinggi selain pelancong tempatan serta luar negara.
“Kami menetapkan seramai 25,000 pelawat akan singgah ke pameran ini sepanjang tempoh diadakan,” katanya pada sidang media di Muzium Rakyat, di sini, hari ini.
Akramuddin berkata, selain pameran pihaknya turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti hasil penulisan Pengerusi Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) China, Yusuf Liu Baojun.
“Beliau telah menghasilkan 31 buah buku dan mampu menghasilkan tulisan khat dalam bahasa Arab, Jepun dan Mandarin,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.