Pameran Hang Tuah sangat berbaloi – Pengunjung

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 11 Jun – Pameran Hang Tuah yang diadakan di Hall A, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, disifatkan amat berbaloi.

Seorang pengunjung Azman Derasip, 53, berkata, walaupun perlu membayar RM15 untuk tiket masuk ke pameran itu, namun baginya, maklumat dan ilmu yang diperoleh daripada pameran berkenaan tidak ternilai.

Katanya, selain mengagumi kehebatan Laksamana Hang Tuah, pameran itu juga dapat membuka mata orang ramai mengenai keagungan zaman Kesultanan Melayu Melaka suatu ketika dahulu.

“Sebaik mengetahui tentang pameran ini di media sosial, saya dan isteri tidak mahu melepaskan peluang untuk ke sini.

“Bagi saya RM15 itu sangat berbaloi kerana pelbagai maklumat ada di sini. Lagipun, apalah sangat nilai wang ringgit jika dibandingkan dengan ilmu yang diterima dan usaha para pengkaji dalam menjejak sumber-sumber baharu mengenai Hang Tuah ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Sementara itu, isterinya, Rohaya Saim, 48, teruja dengan pengkisahan riwayat hidup Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu yang bijak dan terunggul ketika eranya.

Dia turut menyambut baik usaha Kerajaan Negeri mengetengahkan sejarah lama yang pernah dibengkokkan penjajah dengan penemuan-penemuan baharu dari serata dunia.

“Bagi saya, usaha ini perlu diteruskan supaya anak cucu kita mengetahui akan kehebatan sejarah Melayu terdahulu serta kehebatan Hang Tuah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1344
Kongsi :
Previous post Asnaf antara dirai pada Jamuan Teh Rakyat bersama Agong
Next post Pemandu MBMB maut, pekerja SWM parah dalam nahas dua motosikal
Ubah saiz-+=