Pameran Hang Tuah masuk percuma bermula hari ini

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

KUALA LINGGI 26 Julai – Melaka menawarkan kemasukan percuma untuk warganegara Malaysia yang bercadang untuk melawat Pameran Hang Tuah, sedang perlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) bermula hari ini.

Ketua Penyelidik Institut Kajian Tuah (IKAT), Prof. Datuk Dr. Taib Dora berkata, perkara itu juga sudah dipersetujui oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

“Ketika saya berucap pada penganjuran sebuah program hari ini, beliau (Ketua Menteri) bersetuju menawarkan kemasukan percuma bermula hari ini hingga tarikh akhir pameran 28 Julai ini.

“Kita berharap agar orang ramai tidak melepaskan kemasukan percuma yang ditawarkan bagi mengenali dan melihat sendiri hasil penemuan baharu menerusi kajian yang dilaksanakan IKAT di 22 buah negara bersama penyelidik beberapa universiti tempatan,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, katanya kemasukan ke pameran itu diberikan percuma sehingga Ahad ini bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

“Sebelum ini pelawat perlu membayar tiket masuk, iaitu  bagi dewasa ialah RM15 (Pemegang MyKad); warga emas dan kanak-kanak RM5.00; sementara itu pelancong asing dewasa RM20 manakala pelancong kanak-kanak RM10.

“Pameran ini diadakan pada 10 Jun hingga 7 Julai namun telah dilanjutkan sehingga 28 Julai ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

7024
Kongsi :
Previous post Politeknik Melaka dipindahkan ke Kuala Sungai Baru
Next post 62 atlet SSN Melaka buru pingat di Thailand
Ubah saiz-+=