Sorting by

×

PAMERAN BERASASKAN TEKNOLOGI PERLU DITERUSKAN

Masa Membaca:2 Minit, 36 Saat

AYER KEROH, 17 Oktober – Penganjuran Deutscher Brand Summit Conference and Exhibition 2024 dilihat sebagai permulaan baik dalam perkenalkan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI), robotik dan automasi kepada pemain industri tempatan serta rakyat negara ini amnya.

Malah, ia juga membuka peluang dan ruang buat pemain industri selain tenaga kerja mahir Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tempatan meneroka teknologi terkini yang bermanfaat kepada negara pada masa akan datang.

Pelajar kursus TVET, Muhammad Fahmi Shah, 24, menyifatkan penganjuran Deutscher Brand Summit Conference and Exhibition 2024 sebagai lain daripada yang lain kerana pengunjung berpeluang melihat sendiri pelbagai jenis perkakasan berteknologi tinggi terkini.

6091574355713704207
PELAJAR kursus TVET antara yang mengunjungi hari terakhir Deutscher Brand Summit Conference and Exhibition 2024 . Foto Iqmal Haqim Rosman

“Pendedahan amat berguna untuk diri saya sebagai pelajar TVET, apabila melangkah masuk ke dewan pameran berasa amat teruja, barulah saya tahu wujudkan perkakasan atau teknologi canggih hasil kepakaran Jerman yang mungkin jarang dilihat atau dikongsi sebelum ini.

“Saya juga menggunakan kesempatan sepanjang berada di dewan pameran ini untuk mengintai peluang yang mungkin akan dibuka oleh syarikat Jerman yang mengambil bahagian kerana Taman Teknologi Jerman atau German Technology Park (GPT) akan beroperasi tidak lama lagi.

“Sesi pembentangan disampaikan beberapa pelopor industri tempatan dan luar negara banyak membantu membuka minta saya mengenai manfaat Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) serta pelbagai teknologi baharu,” katanya.

6091574355713704326
MUHAMMAD Fahmi.

Muhammad Fahmi berkata demikian kepada Melaka Hari Ini (MHI) ketika ditemui pada hari terakhir Deutscher Brand Summit Conference and Exhibition 2024 di Dewan B, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang lagi pengunjung, M Dhevanandha, 22 berpendapat, inisiatif Kerajaan Negeri hasil kerjasama pemain industri Jerman adalah satu langkah yang amat bijak dan bermanfaat.

6091574355713704328
M Dhevanandha.

Katanya, Jerman merupakan negara perintis utama global melibatkan teknologi dan peluang yang ada perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh semua termasuk dirinya sendiri.

“Kali pertama hadir ke pameran seumpama ini, sejujurnya saya kagum dengan apa yang disediakan untuk tatapan pengunjung. Harapan saya agar Kerajaan Negeri anjurkan lagi program sebegini pada masa akan datang, kerana masyarakat Malaysia perlu didedahkan mengenai perkembangan teknologi global semasa.

“Selain peluang pelaburan dan mengukuhkan jaringan antara industri, ada antara teknologi dipamerkan pada pendapat saya boleh diaplikasikan dalam pembangunan negara dan faedahnya dinikmati rakyat secara keseluruhan,” katanya.

6091574355713704209
ANTARA pemain industri dari Jerman yang mengambil bahagian. Foto Iqmal Haqim Rosman

Penganjuran Deutscher Brand Summit Conference and Exhibition 2024 yang bermula 14 Oktober lalu melabuhkan tirainya hari ini dengan melibatkan 38 pempamer domestik dan antarabangsa.

Selain pameran turut berlangsung aktiviti seperti ‘business matching’ (padanan perniagaan), ‘networking session’, sesi ceramah berkaitan ESG, IR 4.0 dan pelbagai lagi.

 

Pix 1. PELAJAR kursus TVET antara yang mengunjungi hari terakhir Deutscher Brand Summit Conference and Exhibition 2024 . Foto Iqmal Haqim Rosman

Pix 2. ANTARA pemain industri dari Jerman yang mengambil bahagian. Foto Iqmal Haqim Rosman

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

67
Kongsi :
Previous post JOM SERTAI PERTANDINGAN KAYAK @SUNGAI MELAKA
Next post BOMBA JUNIOR DI 11 SK MENJELANG HUJUNG TAHUN
Ubah saiz-+=