Sorting by

×

PAMERAN, AKTIVITI SUKAN TARIK MINAT ANAK MUDA

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

TANJUNG BIDARA 17 Februari – Karnival Kejohanan Sukan Dua Jiwa Satu Hati Dan Sukan Antara Badan Beruniform Piala Ketua Menteri Melaka Tahun 2025 menutup tirainya semalam dengan menyaksikan ianya disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) mendapati, rata-rata pengunjung amat berpuas hati dengan apa yang ditawarkan oleh karnival tersebut terutamanya libatkan ruang pameran serta aktiviti sukan.

Bagi Muhammad Ilhamullah Shamri, 18, dia teruja dengan ruang pameran ketenteraan oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) dan menyifatkannya sebagai peluang keemasan bagi melihat sendiri aset pertahanan negara.

“Sejujurnya saya hadir ke karnival ini adalah semata-mata mahu melihat sendiri aset ketenteraan negara dengan lebih dekat.

“Saya bersama keluarga amat teruja dengan apa yang ditawarkan oleh karnival ini dan saya berharap karnival sebegini dapat dilaksanakan dengan skala lebih besar,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI) ketika ditemui selepas Majlis Penutup Karnival Kejohanan Sukan Dua Jiwa Satu Hati & Sukan Antara Badan Beruniform Piala Ketua Menteri Melaka Tahun 2025 yang disempurnakan oleh Ab Rauf di Dataran Pantai Tanjung Bidara, semalam.

Sementara itu bagi Ahmad Aniq Nizarif, 16, dia tertarik dengan penganjuran acara sukan yang dipertandingkan terutamanya acara merentas desa.

“Saya bersama rakan lain amat teruja dengan apa yang ditawarkan dalam karnival ini, malah saya sendiri turut terlibat dengan acara merentas desa.

“Kalau boleh saya mohon Kerajaan Negeri teruskan momentum anjur lebih banyak program sebegini pada masa akan datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

143
Kongsi :
Previous post RM1.04 JUTA HIDUPKAN RAMADAN MUALAF MELAKA
Next post TIGA PPD MELAKA TERIMA SUMBANGAN RM30,000 DARIPADA PERDANA MENTERI