Sorting by

×

Palsukan ujian RTK COVID-19: Polis rakam tiga keterangan

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

DUYONG 15 Dis – Polis Melaka telah merakam tiga keterangan berhubung isu pemalsuan laporan keputusan ujian RTK-Antigen COVID-19 yang didakwa membabitkan sebuah klinik swasta di Melaka Tengah.

Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali berkata, tiga keterangan yang diterima itu diambil berdasarkan laporan dikeluarkan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menyiasat perkara berkenaan.

“Klinik swasta ini kita dalam peringkat siasatan awal dan setelah merakam keterangan kita akan tubuh jawatankuasa teknikal antara polis dan KKM untuk kita kaji isu ini sebelum diangkat ke peringkat perundangan.

“Kita akan siasat untuk lihat bagaimana dikatakan keputusan COVID-19 dari positif kepada negatif itu sama ada ia dari kesilapan sistem atau disengajakan, itu yang kita kena duduk dalam jawatankuasa bersama KKM untuk lihat perkara ini semula,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Kami Prihatin diadakan di Dewan Terbuka Taman Seri Duyong, di sini, hari ini.

Dalam pada itu menurutnya, setakat ini dua laporan polis diterima terhadap klinik swasta di Melaka Tengah itu dan siasatan bagi mengumpul bukti kes akan terus dijalankan.

“Kita terima dua laporan iaitu pertama dari laporan dari pihak polis terhadap kenyataan sebuah akhbar dan kedua laporan dari KKM melibatkan klinik yang sama.

“Kita sudah kenal pasti dan akan cari bukti terlebih dahulu sebelum tindakan perundangan akan diambil dengan bukti yang kukuh,” katanya.

Sementara itu beliau turut mengesahkan klinik terbabit masih beroperasi dan ia bergantung kepada arahan KKM.

Sebelum ini, Melaka Hari Ini melaporkan sebuah klinik swasta dipercayai memalsukan keputusan ujian pantas antigen (RTK Ag) COVID-19 pesakitnya daripada positif kepada negatif.

Perbuatan itu terbongkar selepas pesakit berkenaan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) yang mana pesakit itu mendakwa bersekongkol dengan doktor di klinik swasta itu dengan ‘upah’ tertentu untuk memalsukan keputusan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

790
Kongsi :
Previous post KM, EXCO dan ADUN BN Melaka lafaz ikrar bebas rasuah
Next post KDN bakal wujudkan sistem ‘eLocker’ tangani pemerdagangan manusia
Ubah saiz-+=