Pakej penginapan dan hadiah misteri untuk pengunjung bertuah A’Famosa Iftar Buffet

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

BUKAN saja rambang mata memilih lebih 100 juadah berbuka ditawarkan A’Famosa Iftar Buffet, malah pengunjung bertuah berpeluang membawa pulang hadiah misteri dan pakej penginapan di pusat percutian tumpuan negeri Melaka itu.

HIDANGAN pembuka selera disediakan.

Pengurus Makanan dan Minuman A’Famosa Resort, Quieja Othman, kali ini pakej disediakan  di Club House A’ Famosa bertemakan makanan Arab.

Sentuhan Arab diperkenalkan dalam pakej A’Famosa Iftar Buffet.

Katanya, meskipun bertemakan Arab, pelbagai lagi makanan Asia dan Barat ditawarkan bagi memenuhi citarasa pelanggan.

HIDANGAN sentuhan India turut disajikan kepada pelanggan.

“Kita masih kekalkan menu utama iaitu kambing golek dan ayam panggang yang mempunyai permintaan tinggi setiap tahun.

“Sambil menjamu selesa pengunjung boleh menyaksikan persembahan bunga api setiap hari yang bermula sejurus selepas waktu berbuka.

HIDANGAN barat antara pilihan ditawarkan buat pengunjung.

“Pakej ini dibuka sehingga 22 Mei, dari jam 6.30 petang hingga 9 malam dan pengunjung bertuah akan menerima pakej penginapan beserta hadiah misteri selepas memberikan maklum balas menerusi imbasan kod QR,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Tambahnya, promosi tempahan buat pengunjung terawal kini dibuka sehingga 4 April depan dengan bayaran RM50 buat kanak-kanak dan warga emas manakala RM65 untuk dewasa.

QUEIJA

“Selepas tarikh itu harga kemasukan dikekalkan kepada kadar biasa iaitu RM85 buat dewasa manakala RM60 bagi kanak-kanak dan warga emas,” katanya.

Orang ramai merancang untuk berbuka puasa dalam suasana eksklusif yang diwarnakan dengan persembahan bunga api boleh membuat tempahan awal dengan menghubungi  Muhammad di talian 019-600 3500.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1826
Kongsi :
Previous post 17 kediaman musnah dalam kebakaran di Bukit Malut, Langkawi
Next post Projek penternakan ikan dalam sangkar diteruskan
Ubah saiz-+=