Sorting by

×

Pakej kebajikan untuk rakyat dan kelangsungan industri

Masa Membaca:1 Minit, 53 Saat

AYER KEROH 18 Jun – Pakej Rangsangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2021: Sejahtera Bersama bernilai RM174.53 juta diumumkan hari ini bersifat lebih inklusif dan komprehensif yang memberi tumpuan menyeluruh kepada masyarakat negeri termasuk pihak industri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, Pakej Ransangan yang mempunyai 60 inisiatif itu terhasil berteraskan keseimbangan hubungan simbiosis antara People Economy dan Capital Economy, sekaligus memastikan tiada segmen masyarakat yang terpinggir daripada mendapat bantuan.

People Economy menurutnya, adalah ekonomi yang berorientasikan keperluan dan kepentingan rakyat secara langsung seperti kos sara hidup, peluang pekerjaan dan keusahawanan serta kualiti hidup.

“Sektor People Economy ini, melibatkan 33 daripada 60 insiatif yang diumumkan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM155.85 juta.

“Ia melibatkan inisiatif tunai dan bukan tunai antaranya Bantuan Ma’niah Al A’Mal yang melibatkan bantuan one-off sebanyak RM350 kepada 6,000 penerima golongan B40 dan golongan rentan yang bergaji harian,” katanya.

Beliau berkata demikian sidang media selepas mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2021: Sejahtera Bersama yang disiarkan secara langsung dari Seri Negeri di sini hari ini.

Manakala bagi Capital Economy pula Sulaiman berkata, ia merujuk kepada pengurusan dan dasar ekonomi makro pasca pandemik COVID-19 terutamanya yang berkaitan dengan pengurusan ekonomi berasaskan modal, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pendapatan per kapita pelaburan swasta, pasaran modal serta keuntungan syarikat bagi merancakkan ekonomi demi kepentingan rakyat di negeri ini.

“Ia berkaitan dengan persediaan awal kerajaan negeri dalam menyediakan tawaran-tawaran baharu untuk pemulihan dan merancakkan kembali ekonomi Melaka.

Capital Economy ini ia merangkumi 27 inisiatif yang melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM18.67 juta, menjadikan keseluruhannya berjumlah RM174.53 juta di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2021: Sejahtera Bersama ini.

Pakej ransangan itu menurut beliau, adalah gabungan kepada keseluruhan inisiatif, bantuan demi bantuan yang sebenarnya telah kita mulakan kerajaan beberapa minggu lalu, melalui inisiatif yang diumumkan oleh agensi-agensi Kerajaan Melaka.

“Ini tidak termasuk lebih 100 inisiatif yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2021 Negeri Melaka yang telah saya bentangkan pada tahun lalu.

“Sebagai tambahan, jika Pakej Ransangan ini dicampur dengan Pakej Bantuan Fasa 1 pada tahun lalu sebanyak RM21.45 juta, menjadikan nilai keseluruhan Pakej Bantuan Kerajaan Melaka kepada rakyat negeri ini jumlahnya mencecah RM195.98 juta,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

602
Kongsi :
Previous post Solat sunat ‘kunci’ cemerlang STAM
Next post Pengurangan 50 peratus sewa premis, lesen penjaja Melaka
Ubah saiz-+=