Sorting by

×

Pakej 24 gamit pelancong pada TMM2024

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER KEROH 30 Disember – Pemain industri pelancongan di seluruh negeri ini bakal menyediakan pelbagai pakej serta diskaun khas bagi pengunjung sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) pada hari ke-24 setiap bulan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Sekretariat TMM2024, Datuk Lim Chow Beng berkata pakej dinamakan Pakej 24 itu ditawarkan mengikut kreativiti pemain industri pelancongan negeri itu bertujuan untuk menggamit lebih ramai pelancong ke Negeri Melaka.

Katanya, usaha itu bertepatan untuk menepati sasaran 18.7 juta pelancong dan pengunjung ke negeri itu.

“Beberapa penggiat industri pelancongan seperti hotel, inap desa (homestay) dan hospital swasta pada dasarnya telah bersetuju untuk menyediakan pelbagai pakej menarik pada setiap 24 hari bulan di bawah Pakej 24 sebagai sokongan kepada TMM2024.

“Kita masih menerima beberapa permohonan daripada beberapa lagi penggiat industri termasuk restoran dan kedai-kedai makan yang menunjukkan tanda minat menyertai program Pakej 24 ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pakej 24 Sempena TMM2024 di Hotel MITC, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengurus Besar Hotel MITC, Sazali Sabri.

Mengulas lanjut, Chow Beng berkata lebih 80 hotel di negeri ini menyediakan fasiliti dan pakej terbaik sebagai tanda sokongan terhadap TMM2024.

“Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berhasrat untuk menawarkan tujuh kenderaan sebagai cabutan bertuah pada TMM2024 di mana pelanggan Pakej 24 di mana-mana lokasi pelancongan yang berbelanja lebih 500 pada satu resit berpeluang sertai cabutan bertuah terbabit.

“Cabutan bertuah ini akan dilakukan setiap tiga bulan sekali sepanjang tahun hadapan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1530
Kongsi :
Previous post ‘Oyen’ jatuh perigi diselamatkan
Next post Menginap 24 jam antara Lapan Pakej 24 di Hotel MITC
Ubah saiz-+=