
Pak Wan ulangi pendirian pertahan Parlimen Alor Gajah
ALOR GAJAH 23 Mei – Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof atau Pak Wan sekali lagi menegaskan akan mempertahankan kerusi yang disandangnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, beliau tetap mempertahankan kerusi dimenanginya atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada PRU-14 lalu.
“Ingin saya tegaskan sekali lagi sebagaimana kenyataan saya sebelum ini bahawa saya tetap bertanding mempertahankan Parlimen Alor Gajah.
“Saya tetap bertanding untuk mempertahankan kedudukan saya di kawasan di situ, tiada persoalan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI) pada majis rumah terbuka beliau yang diadakan di Freeport A’Famosa Outlet di sini.
Mohd Redzuan memenangi kerusi Parlimen Alor Gajah pada PRU-14 lalu atas tiket PH dengan majoriti 6,980 undi.
“Saya akan cuba sedaya upaya untuk mengekalkan kemenangan yang diraih sebelum ini, pengundi juga tiada masalah daripada segi sokongan kerana sedia mengenali Pak Wan sejak duhulu lagi,” katanya.
anggani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
