Sorting by

×

Padah tendang polis

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 15 Ogos – Penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, semalam atas pertuduhan menendang anggota polis dalam kejadian minggu lalu.

Tertuduh, Saiful Azira Anuar, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah dihadapan Majistret Teoh Shu Yee.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah kepada seorang anggota polis dengan cara menendang tulang rusuk ketika mangsa sedang menjalankan tugas sebagai anggota pengawal lokap.

Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 333 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh dilokap Balai Polis Melaka Tengah, kira- kira jam 8.30 malam, pada 9 Ogos 2020.

Tertuduh turut didakwa atas pertuduhan melakukan khianat dengan mencabut dan mematahkan papan lantai sel lokap sehingga kerugian RM25 dan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal mencadangkan jaminan RM15, 000 diberikan kepada tertuduh.

Bagaimanapun, dia yang tidak diwakili peguam merayu agar jaminan rendah diberikan dengan alasan sudah diberhentikan kerja dan perlu menanggung tiga anak masih kecil.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5, 000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Oktober depan tarikh sebutan semula kes.

Views:

574
Kongsi :
Previous post Jeti baharu buat nelayan Pantai Puteri bakal dibina
Next post Rasuah Inspektor dua beradik didenda RM20,000
Ubah saiz-+=