
Padah kejar bapa saudara dengan pisau
AYER KEROH 27 Ogos – Padah mengejar bapa saudara dengan sebilah pisau, seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, hari ini.
Tertuduh, Muhammad Damanhuri Abd Ghani, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah dihadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengejar sambil menunjukkan sebilah pisau kepada mangsa yang juga lelaki warga emas berusia 62 tahun.
Perbuatan itu dilakukan tertuduh di Kampung Krubong, kira – kira jam 10 pagi pada 20 Ogos 2020.
Justeru tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua- duanya jika sabit kesalahan.
Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Najwa Nazari mencadangkan jaminan RM5,000 diberikan kepada tertuduh.
Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah diberikan.
Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 selain menetapkan 28 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Views:
Related


Berita Lain
ASAM PEDAS TETEL PENGGANTI BUBUR LAMBUK
KLEBANG 12 Mac - Penduduk Kampung Balik Buloh, Klebang Besar memecahkan tradisi, apabila menjadikan asam pedas sebagai pengganti bubur lambuk...
TUJUH DEKAD PERZIM LESTARI WARISAN, PERKUKUH IDENTITI BANGSA
AYER KEROH 12 Mac - Selama tujuh dekad, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memainkan peranan besar sebagai sebuah institusi yang bukan...
AGIHAN 6,000 KUPON E-DOMPET DI PASAR RAMADAN TAMAN SERI DUYONG
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai berkunjung ke Pasar Ramadan Rahmah Taman Seri Duyong dari 11 hingga 15 Mac...
PENSYARAH UITM MAUT MOTOSIKAL REMPUH LORI
JASIN 11 Mac - Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jasin maut selepas motosikal ditungang terbabit kemalangan dengan sebuah lori...
MPAG EDAR LEBIH 800 BUNGKUS BUBUR LAMBUK
ALOR GAJAH 11 Mac - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengagihkan lebih 800 bungkus bubur lambuk kepada orang ramai dan...
KPDN LANCAR OPS CAMPUR, 300 KAMPIT BERAS DIRAMPAS
PUTRAJAYA 11 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Ops Campur bermula semalam, bagi tindakan...