Padah jual minyak Cap Kapak tiruan
AYER KEROH 14 Ogos – Angkara menjual minyak angin Cap Kapak tiruan, tiga beradik didenda RM11, 500 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, semalam.
Kesemua mereka Teo Fang Chin, 27, Teo Fang Hao, 25, dan adiknya Teo Wei Chiang, 23, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa mahkamah dihadapan Hakim Elesabet Paya Wan dan Norma Ismail dalam prodising berasingan.
Bagi ketiga- tiga pertuduhan, kesemua tertuduh didapati mendedahkan bagi jualan total 362 botol minyak tiruan pebagai saiz yang suatu cap dagang berdaftar iaitu Cap Kapak dipakaikan.
Kesalahan itu dilakukan tertuduh antara jam 12. 28 sehingga 12.47 tengah hari di tiga buah kedai ubat berasingan dalam daerah Melaka Tengah, pada 11 Ogos 2020 (Selasa).
Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 102(1)(ii) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Prosiding pendakwaan, yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Tan Chiew King dan Pegawai Pendakwa Sallim Wahid memohon hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran terhadap tertuduh selain memohon barang bukti dikembalikan untuk dilupuskan.
Terdahulu, Peguam Nasdan Rengganathan Abdullah yang mewakili ketiga-tiga beradik itu memohon denda yang rendah dikenakan dengan alasan ini adalah kesalahan pertama dan tertuduh mempunyai tanggungan ibu bapa serta bapa saudara yang juga orang kelainan upaya.
Selepas mendengar hujah kedua- dua pihak, mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh Feng Chin didenda RM3,000 atau tiga bulan penjara manakala Feng Hao RM7,000 atau enam bulan penjara dan Wei Chiang didenda RM1,500 atau dua bulan penjara.
Malah mahkamah turut memerintahkan kesemua barang bukti dikembalikan kepada pihak pendakwa raya untuk dilupuskan.