Padah berhibur langgar SOP PKPP
KOTA LAKSAMANA 26 Dis. – Padah berhibur dan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), seramai 135 individu dikompaun pihak berkuasa di sebuah pusat hiburan di sini malam tadi.
Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, semua mereka berusia 24 hingga 45 tahun diperiksa pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Melaka Tengah dalam serbuan jam 11.40 malam itu.
“Pemeriksaan mendapati, seramai 86 lelaki dan 49 wanita termasuk penjaga premis gagal mematuhi SOP PKPP .
“Kesemua 134 pengunjung dikenakan kompaun mengikut Peraturan 3 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPPB) (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang boleh dihukum mengikut Peraturan 11(1) PPPPPB 2020.
“Turut dikompaun adalah penjaga premis berusia 38 tahun kerana ingkar arahan PKPP Peraturan 10 PPPPPB (No.8) 2020,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mengulas lanjut Abdul Majid turut menasihati orang ramai agar mematuhi SOP PKPP berdasarkan perkembangan dan situasi semasa COVID-19 yang semakin meningkat.
“Polis sentiasa melakukan pemantauan bersepadu bersama agensi lain seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.
Views:
Related
Berita Lain
BAWA PRODUK IKONIK PULAU PINANG KE MELAKA
MELAKA, 28 Dis - Program Jelajah Pulau Pinang @ Melaka yang memperkenalkan 'signature' produk keluaran usahawan negeri itu antaranya nasi...
ANGKAT KEUNIKAN MAKANAN WARISAN MELAKA
BANDA HILIR 28 Disember - Festival Masakan Warisan Melaka 2024 berlangsung meriah apabila pengunjung 'dihidangkan' pelbagai juadah dan kuih-muih tradisional....
LEBIH 1,400 KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN BABIT LORI DALAM TEMPOH 6 TAHUN
KUALA LUMPUR, 28 Dis – Sebanyak 1,457 kematian dicatatkan dalam 3,500 kemalangan membabitkan lori di seluruh negara sejak Januari 2019...
MOHAMAD RUSLI DILANTIK KETUA POLIS DAERAH JASIN BAHARU
JASIN 28 Disember - Bekas Superintendan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Pencegahan Gangsterism, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit...
BIASISWA MAIM BANTU FARAH NABIHA BERGELAR DOKTOR
BANDA HILIR 28 Disember - Meskipun berdepan kesukaran kerana kekangan kewangan namun ia bukan penghalang untuk wanita cekal ini mengubah...
7 PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN MPAG SEPANJANG 2024
ALOR GAJAH 28 Disember - Majlis Perbandaran Alor Gajah menutup tirai tahun 2024 dengan tujuh kejayaan membanggakan. Yang Dipertua MPAG...