Sorting by

×

OUM TERAJU BIDANG PENDIDIKAN DALAM TALIAN

Masa Membaca:2 Minit, 41 Saat

BANDARAYA MELAKA 22 Disember – Open University Malaysia (OUM) terus menjadi peneraju bidang pendidikan secara dalam talian dengan menyediakan pembelajaran yang fleksibel kepada para pelajarnya.

Pengarah Pusat Pembelajaran OUM Melaka, Prof Madya Norhaiza Ishak berkata pembelajaran fleksibel secara online ini memberi peluang kepada semua golongan tidak mengira usia untuk meningkatkan taraf pendidikan tanpa menghadiri kelas secara konvensional.

“Kadang-kadang kita yang sudah berkerjaya ini tidak mempunyai masa untuk mengikuti kelas secara bersemuka, jadi di OUM kita menawarkan pembelajaran 100 peratus dalam talian.

“Dengan adanya platform dalam talian ini kehadiran adalah fleksibel. Jika pelajar tertinggal kelas online secara Google Meet dia tidak rugi kerana kita turut menyediakan rakaman eTutorial yang boleh diakses oleh pelajar pada bila-bila masa bagi subjek yang mereka ambil.

“Dalam sistem pembelajaran secara maya ini pelajar akan dinilai dengan tugasan, kuiz, Online Class Participation (OCP) dan peperiksaan akhir.

“OUM Melaka mendapat sambutan yang amat memberangsangkan setiap ambilan dengan adanya model belajar sambil bekerja,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Whatsapp Image 2024 12 19 At 17.31.00
PROF MADYA NORHAIZA

Menurut beliau, kebanyakan pelajar adalah mereka dalam kategori umur 20 hingga 35 tahun, dengan OUM mempunyai sebanyak tiga semester iaitu bulan Januari, Mei dan September.

“Tidak perlu risau untuk menuntut di OUM kerana kita sudah berada 24 tahun di pasaran dan program kita diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), ramai juga daripada pelajar bekerjaya dari jabatan dan agensi kerajaan belajar di sini,” katanya.

Selain itu, jelasnya, program OUM juga mendapat pengiktirafan badan profesional seperti CMI (Chartered Management Institute), SIRIM, Malaysian Society for Occupational Safety and Health (MSOSH), Lembaga Kaunselor, Lembaga Jurururawat Malaysia dan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.

Mengulas lanjut, Prof Madya Norhaiza memaklumkan bahawa APEL (Akreditasi Pembelajaran Pengalaman Terdahulu) menawarkan kemasukan fleksibel dan pindahan kredit menggunakan pengalaman kerja.

“Terdapat dua jenis APEL berdasarkan pada garis panduan yang ditetapkan oleh MQA iaitu APEL.A dan APEL.C. APEL.A memberi akses atau laluan kepada individu yang mempunyai pengalaman bekerja tetapi tidak cukup syarat kelayakan akademik minima yang ditetapkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Katanya, selepas memiliki sijil kelayakan APEL.A, pelajar boleh menggunakannya untuk membuat permohonan bagi mengikuti program pengajian yang ditawarkan di OUM.

“Manakala, APEL.C membolehkan pelajar OUM memohon pengecualian kredit bagi subjek berdasarkan pengalaman kerja, pengalaman hidup atau himpunan kursus pendek pelajaran.

Menurutnya, OUM menawarkan peluang pendidikan fleksibel sepanjang hayat dimana tempoh pengajian boleh dirancang mengikut kesesuaian komitmen semasa tanpa perlu mengubah rutin harian kerana mahu fokus kepada akademik.

OUM menawarkan 60 pilihan program bermula daripada peringkat Diploma hingga Doktor Falsafah (PhD) di bawah empat fakulti iaitu Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, Fakulti Teknologi dan Sains Gunaan, Fakulti Pendidikan serta Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Antara program yang mendapat sambutan yang menggalakkan adalah Diploma Lepasan Ijazah dalam Pengajaran (DPLI) iaitu sijil ikhtisas perguruan yang mengambil masa setahun. Ramai graduan DPLI ini berjaya diserapkan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Malahan, guru-guru yang berkhidmat di sekolah swasta serta sekolah antarabangsa turut mengambil peluang mendapatkan sijil profesional ini untuk menjadi guru yang bertauliah.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi terus talian OUM Melaka 06-292 1852/Whatsapp 019-2181 851 atau boleh melayari laman web oum.edu.my.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

71
Kongsi :
Previous post WTD 2025: PERZIM RANCANG PROGRAM BERTARAF ANTARABANGSA
Next post DUA NELAYAN HILANG DITEMUKAN SELAMAT DI PERAIRAN INDONESIA
Ubah saiz-+=