
Orang ramai diminta menderma darah – MYDC
BANDA HILIR 11 Sept. – Melaka Youth Development Corporation (MYDC) menyasarkan 100 beg darah diperoleh sehingga jam 5 petang ini menerusi Kempen Derma Darah di Mahkota Parade, hari ini.
Pegawai Eksekutifnya Erizafida A.Kadir berkata, sehingga jam 12 tengah hari sebanyak 20 beg darah telah dikumpul dan dijangka mampu mencapai sasaran itu sehingga petang ini.
“Program ini sebagai usaha menyokong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membantu tabung darah Melaka.
“Kita ingin lihat sejauh mana kolaborasi kita dengan tabung darah Melaka, kalau berjaya insyaAllah kita akan buat kempen ini sebagai acara bulanan pada setiap tahun,” katanya kepada MHI.
Katanya turut menyarankan supaya golongan belia bersama menderma darah sekali gus membantu golongan memerlukan sewaktu kecemasan.
“Kita ajak belia menderma, jadi mereka boleh nampak apa inisiatif ini, setakat ini dah ada golongan muda menderma termasuk bangsa Cina dan India,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
BOMBA TERUS BERJASA, SUMBANG 40 BAKUL RAMADAN KEPADA ASNAF
JASIN 10 Mac - Bukan sekadar berjasa setiap kali berlaku bencana atau kecemasan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka...
PEGAWAI KESELAMATAN RUGI LEBIH RM300,000 DITIPU PHONE SCAM
CHUKAI 10 Mac - Seorang pegawai keselamatan sebuah syarikat swasta di sini mengalami kerugian RM303,750 selepas diperdaya sindiket ‘phone scam’....
PEMANDU MAUT TERSEPIT DALAM KEMALANGAN BABIT DUA LORI
IPOH 10 Mac (Bernama) -- Seorang lelaki maut apabila lori dipandunya melanggar belakang sebuah lagi lori dalam kemalangan di Kilometer...
DOKTOR BERKELAKUAN TIDAK SENONOH DITAHAN SEMULA SUSULAN LAPORAN POLIS KETIGA
GEORGE TOWN 10 Mac - Seorang doktor perubatan sebuah hospital di sini yang ditahan kerana disyaki berkelakuan tidak senonoh terhadap...
ADDRIENA BATRISYA DILANTIK YDP MPP KAYM
AYER KEROH 10 Mac - Nur Addriena Batrisya Zita@Zukalman, pelajar semester 2 Diploma Teknologi Elektronik Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM)...
UBAH SUAI BOT LAMA JADI PRODUK PELANCONGAN BAHARU
BANDARAYA MELAKA 10 Mac - Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) bercadang mewujudkan produk baharu dengan membaik pulih serta...