
Orang ramai dilarang terbangkan dron pada Sambutan Hari Kebangsaan 2022
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menerusi hantaran di Facebook rasmi hari ini berkata perkara ini juga bagi mengelakkanĀ sebarang kejadian yang tidak diingini membabitkan keselamatan orang awam serta mengundang risiko kemalangan terhadap pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang sedang menjalankan penerbangan formasi rendah di kawasan tersebut.
“Suka diingatkan bahawa semua pengendalian aktiviti dron di negara ini adalah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3), Peraturan 98, 140-144, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR 2016) dan Arahan Penerbangan AwamĀ Civil Aviation Directives (CADs),” menurut CAAM.
Bagi kesalahan di bawah Seksyen 4 Akta 3, memperuntukkan dendaĀ tidak melebihi RM500,000 atau penjaraĀ selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
“Bagi Peraturan 206(3) MCARĀ 2016, jika orang itu ialah seorang individu, didenda tidak melebihi RM50,000Ā atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau jika orang itu ialah satu pertubuhan perbadanan akanĀ didenda tidak melebihi RM100,000,ā menurut CAAM.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.