Sorting by

×

Orang muda, berilah mandat pada BN

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

MELAKA 16 Nov – Pelbagai manfaat akan dinikmati anak muda di negeri ini sekiranya terus memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, antara tawaran yang diberikan termasuklah mewujudkan Dewan Undangan Negeri Belia Melaka, selain akan menaikkan infrastruktur dari sudut sukan dan riadah untuk golongan berkenaan.

“Saya berjanji sekiranya kita diberikan mandat, kita laksanakan segala tawaran dan perancangan anak muda dengan sebaik mungkin demi kestabilan dan kemakmuran kita bersama,” katanya dalam siaran langsung Soal Rakyat di TV3 sebentar tadi.

Dalam pada itu, mengulas mengenai 86 peratus muka baharu termasuk anak muda yang ditampilkan sebagai calon BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini, Sulaiman menyifatkan langkah itu penting demi memastikan suara anak muda diambil kira.

“Kita tampilkan calon dalam pelbagai latar belakang, ada doktor, golongan profesional dan lain-lain yang mana saya yakin mereka ini boleh memberikan perkhidmatan terbaik.

“Saya berharap dengan cara ini suara orang muda akan diambil kira dan dibawa ke sidang DUN yang mana ia pasti akan direalisasikan.

“Jadi, nasihat saya, kita (calon-calon baharu) ada kerja yang perlu dilaksanakan, maka kita perlu terus bekerja kuat bagi memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat dan orang muda di luar sana,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1096
Kongsi :
Previous post ‘Tiada niat susahkan rakyat’ – Sulaiman
Next post (DIKEMAS KINI) Seorang juru terbang maut, seorang cedera nahas pesawat Hawk
Ubah saiz-+=