
Orang Melaka cemas lihat kepulan asap hitam
BANDA HILIR 13 September – Orang ramai dalam perjalanan pulang ke tempat kerja cemas apabila melihat kepulan asap hitam akibat kebakaran rumah kongsi di Jalan Tun Sri Lanang, di sini, jam 5 petang tadi.
Difahamkan asap hitam berkenaan boleh dilihat dengan jelas pada jarak lima kilometer dari lokasi kebakaran.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.55 petang.
Katanya, susulan itu tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, BBP Ayer Keroh dan BBP Tangga Batu bersama 25 anggota serta pegawai operasi dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Ketika pasukan operasi tiba api sedang marak, namun kami difahamkan rumah kongsi berkenaan tidak berpenghuni.
“Kebakaran memusnahkan keseluruhan 86 lot rumah kongsi berkeluasan 150×1,000 kaki persegi, setakat ini tidak ada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.
Menurutnya, setakat jam 9.45 malam tadi operasi pemadaman masih dijalankan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
“Pasukan forensik bomba sudah dimaklumkan dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
CETUS KEKECOHAN, ADUN PEMBANGKANG DIBERI PERINGATAN
SERI NEGERI 29 April - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum, memberi peringatan terakhir kepada pembangkang, Dr....
SUNGAI MELAKA FASA DUA BERKONSEPKAN RIADAH AKAN DISERAHKAN KEPADA PPSPM JUN INI
BANDARAYA MELAKA 29 April - Sungai Melaka Fasa Dua akan diserahkan kepada Perbadanan Pembangunan Pantai dan Sungai Melaka (PPSPM) pada...
BERGELUT BANTU POLIS TANGKAP PERAGUT, ENAM ‘RIDER’ TERIMA PENGHARGAAN
AYER KEROH 28 April - Enam penunggang p-hailing menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Melaka, atas jasa mereka membantu polis...
MARKAS ‘JOB SCAM’ DISERBU, LIMA LELAKI DITAHAN
AYER KEROH 28 April - Polis Melaka menyerbu sebuah unit kondominium di Ayer Keroh, di sini, kerana disyaki dijadikan markas...
LELAKI MAUT MOTOSIKAL REMPUH KERETA DI CHENG
PAYA RUMPUT 28 April - Penunggang motosikal meninggal dunia ketika sedang dirawat, hampir satu jam selepas terbabit kemalangan dengan sebuah...
WTD, WTC 2025: MELAKA PERKENAL PAKEJ KHAS PELANCONGAN
SERI NEGERI 28 April - Pakej khas pelancongan akan diperkenalkan Kerajaan Negeri pada sesi pra pelancaran Hari Pelancongan Sedunia (WTC)...